UTAMA | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) ditubuhkan pada 25 Januari 2013 dan mempunyai sembilan (9) orang staf merangkumi tiga (3) staf Pengurusan & Profesional (P&P) dan lima (5) staf Pelaksana.

Pusat ini mempunyai tiga (3) seksyen iaitu:

(1) Seksyen Pentadbiran dan Kewangan

(2) Seksyen Pembangunan Keusahawanan

(3) Seksyen Kebolehpasaran Graduan.

 

Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan aktiviti keusahawanan dan kerjaya pelajar dengan lebih terancang dan holistik bagi meningkatkan kebolehkerjaan graduan.

CEM mengurus-laksana dua (2) Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Naib Canselor seperti yang ditetapkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi iaitu;

(1) Peratus Kebolehpasaran Graduan UPM setiap tahun.

(2) Jumlah penglibatan pelajar dalam aktiviti pembangunan keusahawanan di pelbagai peringkat.

 

STAF

CARTA ORGANISASI



KEUSAHAWANAN SISWA


Para pelajar berpeluang meneroka dunia keusahawanan di UPM melalui pelbagai kemudahan dan program keusahawan seperti berikut:


RUANG NIAGA

  • PutraBiz@CEM Stall - 2 unit 
  • PutraBiz@Cafe – 4 unit
  • PutraBiz@Kiosk – 6 unit
  • Program Inkubator Keusahawanan Siswa
    - Kafe Kopi CEMARA x CEM, KOSISWA, CELCOMDIGI & Teguh Cemara Ent.
    - Bengkel Basikal x KOSISWA & Lasak Pro Ride Sdn. Bhd.
    - Kiosk Rain Coffee x KOSISWA
    - Vertico Clothing x KOSISWA
    - Kalem Barbershop x KOSISWA
    - Putra Agro Burger x KOSISWA


PROGRAM KEUSAHAWANAN 

  • Siswapreneur Startupbiz@CEM
  • Siswapreneur Advance@CEM
  • Social Entrepreneur@Urban Community (University to Community)
  • Pendaftaran Syarikat (SSM)


PERSATUAN PELAJAR

  • Kelab Keusahawanan Uniputra (UEC)
  • Koperasi Keusahawanan Siswa UPM Berhad (KOSISWA)


PERKHIDMATAN

  • Pinjaman & Sewaan Peralatan Perniagaan
  • Pinjaman Perniagaan: Mikro Kredit (CEM)
  • Khidmat Nasihat Perniagaan


KERJAYA

 

Manakala itu, pelajar juga berpeluang untuk meneroka kerjaya mereka dengan pelbagai program kebolehpasaran graduan seperti:


PROGRAM KERJAYA & KEBOLEHPASARAN GRADUAN

  • Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UPM 
  • Webinar Borak Tepi Kerjaya & Keusahawanan
  • Pelbagai Program Kebolehpasaran Graduan KPT
    - Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) KPT-Career Advancement
      Programme (CAP)
    - Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan KPT
    - dan lain-lain.


PERSATUAN PELAJAR

  • Kelab Kerjaya Uniputra (UCC)


PERKHIDMATAN

  • Kajian Pengesanan Graduan KPT
  • Khidmat Nasihat Persediaan Kerjaya (Resume, Imej, Temuduga Kerja & lain-lain)
  • Pelantar Carian Kerja Tetap: Aplikasi Grup Telegram @MemburuKerjaUPM
  • Pelantar Gig Ekonomi: Aplikasi Grup Whatsapp UPM HIRE! Kerja Sambilan@UPM

PERMOHONAN LAWATAN KE CEM UPM

Permohonan lawatan ke CEM perlu dikemukakan secara rasmi melalui surat atau e-mel dan dihantar selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh lawatan kepada Pengarah CEM.

Sehubungan dengan itu, jika mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi kami di:

PENGARAH
PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Aras 1, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Telefon: 03 - 9769 1121
E-mel: mass@upm.edu.my

Industri tempatan dan global merupakan antara pemegang taruh ‘stakeholders’ utama kepada Universiti. Universiti memerlukan kerjasama pihak Industri selaku bakal majikan kepada graduan UPM. Pihak industri boleh menawarkan khidmat penempatan latihan umum, latihan industri dan tawaran pekerjaan kepada graduan UPM.

Tawaran Peluang Pekerjaan Graduan UPM

Terdapat dua (2) bentuk kerjasama peluang pekerjaan yang diperlukan dari pihak Industri.

  1. Tawaran kerja tetap kepada Graduan UPM.
  2. Tawaran kerja sambilan kepada pelajar UPM.

Sila hubungi Penyelaras Kerjaya CEM di Seksyen Kebolehpasaran Graduan CEM

 

Tawaran Peluang Latihan Industri kepada pelajar UPM

Universiti akan bekerjasama dengan pihak Industri bagi menempatkan pelajar untuk latihan industri.

Maklumat lanjut berkenaan penawaran tempat bagi latihan industri pelajar boleh menghubungi: Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat.

Tempahan cenderamata khat kufi boleh dibuat dalam tempoh masa 7 hari bekerja dengan harga RM55.00 sebuah.

Sila hubungi : Zulkifli Mohammad 03 - 9769 1409.

artikel
READ@UNI SIRI 1 CEM - 'WHO MOVED MY CHEESE?' KARYA SPENCER JOHNSON
"Who Moved My Cheese?" oleh Spencer Johnson adalah sebuah fabel* motivasi perniagaan yang meneroka konsep perubahan dan bagaimana individu bertindak balas terhadapnya.
READ@UNI SIRI 1 CEM - 'WHO MOVED MY CHEESE?' KARYA SPENCER JOHNSON
Cabaran dan Strategi Keusahawanan Siswa: Era 'BANI'
Cabaran dan Strategi Keusahawanan Siswa: Era 'BANI'
Kemahiran Insaniah yang Diperoleh Semasa Melalui Latihan Industri di CEM
Kemahiran Insaniah yang Diperoleh Semasa Melalui Latihan Industri di CEM
Artikel-artikel lain...
berita
SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) TARIK MINAT CEM MENJADI EJEN KORPORAT BERDAFTAR PERKESO
SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) TARIK MINAT CEM MENJADI EJEN KORPORAT BERDAFTAR PERKESO
SERDANG, 15 Mac 2024 – Perbincangan dan Penerangan Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah diadakan di Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 12 Mac 2024 yang bertujuan untuk memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada pelajar dan kakitangan UPM. Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh 5 wakil daripada PERKESO dan 4 wakil daripada CEM. Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali berkata, Skim yang diperkenalkan sangat bagus bagi memfokuskan perlindungan keselamatan sosial kepada pelajar dan kakitangan UPM yang terlibat dengan aktiviti pekerjaan sendiri dan terdedah dengan risiko kemalangan pekerjaan.
pengumuman

Jom masuk pelantar #MemburuKerjaUPM di aplikasi Telegram untuk mendapatkan informasi terkini Jawatan Kosong di pelbagai agensi kerajaan atau swasta.

https://t.me/memburukerjaUPM

Perkhidmatan Sokongan 

(Pilih - Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan)

Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
insta.png
youtube.png
twitter.png
tiktok.png
SXDcSAC~