Bangunan ANGKASA, Kelana Jaya
6 - 8 Februari 2018
Pada 6 - 8 April yang lepas, telah diadakan Konvensyen KOSISWA Kebangsaan 2018 bertempat di Bangunan ANGKASA, Kelana Jaya yang menghimpunkan ahli-ahli Koperasi Siswa (KOSISWA) dari seluruh negara.
Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM) telah menghantar wakil seramai 2 orang dalam konvensyen tersebut. Ia adalah bertujuan untuk memberi tambah nilai kepada ahli koperasi dan membantu urus tadbir kiosk jualan Siswa Save KOSISWA UPM.
Antara intipati konvensyen adalah penerangan Dasar dan Halatuju Keusahawanan IPT oleh Puan Normalia Ibrahim, Ketua Unit Keusahawanan dan PPRN, Kementerian Pendidikan Tinggi serta info berkaitan koperasi siswa. Antara aspek utama yang ditekankan adalah berkaitan peluang perniagaan yang boleh dijalankan oleh sesebuah koperasi siswa dan pengurusan serta tadbir urus koperasi siswa.
Tarikh Input: 22/05/2018 |
Kemaskini: 23/05/2018 | zul_mohd
PERKONGSIAN MEDIA