Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama & Keusahawanan
Hotel TENERA, Bandar Baru Bangi
12 - 13 Januari 2019
Pada 12 - 13 Januari 2019, CEM UPM telah menghantar 2 orang pelajar yang merupakan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) bagi mewakili Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM) ke Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama & Keusahawanan bertempat di Hotel TENERA, Bandar Baru Bangi. Konvensyen turut di sertai pegawai pengiring, Encik Mohd Isnain Ali bagi mewakili KOSISWA UPM didalam mesyuarat anggota lembaga Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad (KOSISMA).
Objektif pelaksanaan program adalah untuk menetapkan hala tuju koperasi dalam merangka Dasar Koperasi Negara, mengenalpasti isu serta cabaran yang dihadapi gerakan koperasi dan merangsang keusahawanan sosial melalui gerakan koperasi serta menjadikan koperasi sebagai pemangkin dan rakan strategik bagi merancakkan pertumbuhan dan pembesaran perniagaan kecil dan sederahana.
Konvensyen turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md. Yusof dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia, YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli.
Tarikh Input: 15/01/2019 |
Kemaskini: 15/01/2019 | zul_mohd
PERKONGSIAN MEDIA