PROGRAM LEADERS OF FUTURE CONVENTION | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » PROGRAM LEADERS OF FUTURE CONVENTION

PROGRAM LEADERS OF FUTURE CONVENTION

40 ORANG PELAJAR DIBAWAH PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN (CEM) UPM SERTAI PROGRAM LEADERS OF FUTURE CONVENTION #MYDIGITALMAKERFAIR2019

  

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Program Leaders of Future Convention #MydigitalMakerFair2019 anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan selama 2 hari bermula 14 dan 15 September 2019 bertempat di MITEC, Kuala Lumpur.

Program tahunan yang diadakan ini adalah bertujuan memberi pendedahan tentang peluang kerjaya masa depan melalui perkongsian daripada pakar industri serta menggalakkan minat dan pemahaman pelajar dalam penguasaan digital didalam kehidupan seharian.

Seramai 40 orang pelajar UPM dibawah kelolaan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM telah dijemput oleh pihak penganjur bagi menjayakan program Leaders of Future Convention #MydigitalMakerFair 2019.

 

Banyak pengisian yang disusun oleh pihak penganjur termasuklah Sesi Forum Malaysia Got Techlent, Sesi Dialog dan Soal Jawab, Sesi Perkongsian “Key of Seccess in Career Transformation” serta Pameran #MyDigitalFair2019.

Diharap dengan adanya progam #MydigitalMakerFair 2019 seperti ini, ianya sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengharungi keperluan semasa dunia pekerjaan diluar sana dan akhirnya meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan apabila bergraduat nanti.

Tarikh Input: 17/09/2019 | Kemaskini: 31/10/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEeUAT~