Calendar Thursday, September 21, 2017
Text Size
   
About Us PDF Print E-mail

 

ALUAN PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN & KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam  Sejahtera,

Alhamdulillah segala  pujian  bagi Allah,  kerana atas kebesaran dan rahmatNya dapat  kami membangunkan laman sesawang Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) yang  baharu dengan  matlamat menjadikannya sebagai salah satu saluran  penyebar maklumat dan juga info – info terkini.

Terima kasih kepada semua  warga UPM kerana menyokong usaha Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) ke arah meningkatkan kebolehpasaran graduan di universiti ini. Saya juga berbesar hati dan mengalu – alukan semua ke laman sesawang rasmi kami bagi mengetahui fungsi dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh pusat kami.  Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Penempatan Kerjaya (CPC).

Penubuhan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi sepertimana yang telah diumumkan oleh Yg. Berhormat Datuk Seri Mohamed Khalid bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi semasa pelancaran Majlis Keusahawanan Nasional Pengajian Tinggi (National Entrepreneurship Council of Higher Education) dan Rangkaian Usahawan Muda (Young Entrepreneurs Network) (AYEnet) pada 13 Disember 2012.Penjenamaan semula ini bagi memantapkan usaha dan cabaran berterusan pihak kementerian dalam memberi pengiktirafan nasional kepada bidang keusahawanan seperti Anugerah MOHE Entrepreneurship Award bermula pada tahun ini.

Pengiktirafan program keusahawanan di UPM melalui pendidikan dan program keusahawanan terancang dan mekanisme yang berkesan dapat dilihat melalui sokongan daripada pihak universiti untuk penubuhan kiosk, putraniaga dan kursus-kursus yang diberikan kepada pelajar untuk membudayakan keusahawanan.

UPM perlu mengambil langkah proaktif untuk memantapkan budaya keusahawanan menerusi aktiviti keusahawanan dengan menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif. Penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan diharap dapat memberi nilai tambah kepada pelajar untuk melengkapkan diri di dalam persaingan selepas bergraduat nanti. Malah, selain daripada pentingnya kemantapan budaya keusahawanan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia secara umum, penyertaan dan pendedahan meluas di kalangan pelajar secara khusus lebih penting lantaran ia akan memberi impak ke atas kestabilan dan keseimbangan sosioekonomi negara.

Akhir kata dari saya, kami berharap anda mendapat manafaat dari laman ini dan kami juga amat mengalu-alukan pandangan, pendapat dan kritikan dari anda bagi memastikan kami dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik di universiti ini.

Sekian, Terima Kasih.

 

“BERILMU BERBAKTI”

 

PROF. MADYA DR. ZULHAMRI ABDULLAH

PENGARAH

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

What We do:

The CEM promotes and encourages career and entrepreneurial opportunities in two major fields such as sciences (engineering, veterinary, medicine, architecture, agribusiness, environmental sciences, biotech, and pure sciences) and social sciences (business management, accounting, economics, corporate communication, languages, education, and human ecology) and serves as a clearinghouse for resumes and job listings. Employers and recruiters will find the most qualified talent pool with relevant work experience to fulfill their staffing needs.

The CEM strongly encourages entrepreneurship education for student entrepreneurs and graduate entrepreneurs. We are keen to partner with high performance companies to train our talented entrepreneurial graduates to become your key assets for your entrepreneurial development locally, regionally, and globally.

 

What I do

My role is to provide a managerial report to Deputy Vice Chancellor and top management team on the performance of the institution, what its future plans and strategies. I deal with challenges and issues relating to graduate employability and marketability, talent management, entrepreneurial education and internal branding.

I am responsible for overseeing all administrative functions in my business. A major part involves leading and directing employees. I empower my managerial staff to delegate administrative tasks. In doing so, I ensure administrative efficiency, proper procedure, implementation of policies and employee morale.

 

klik disini untuk besarkan imej......

Last Updated on Thursday, 07 March 2013 13:00
 
RocketTheme Joomla Templates