LAPORAN KONVENSYEN PEMERKASAAN KOPERASI MAHASISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » LAPORAN KONVENSYEN PEMERKASAAN KOPERASI MAHASISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

LAPORAN KONVENSYEN PEMERKASAAN KOPERASI MAHASISWA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah menganjurkan Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Mahasiswa Peringkat Kebangsaan 2019 pada 11 – 13 Oktober 2019 di Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasran Graduan (CEM) telah menghantar 8 orang pelajar daripada ahli Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM)  berserta 2 orang pegawai pengiring mengikuti konvensyen ini yang melibatkan semua IPT seluruh Malaysia.

Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan agenda keusahawanan di setiap Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan unggul dan  meningkatkan kadar kebolehpasran graduan. Pada 13 Oktober 2019 telah diadakan majlis perasmian Konvensyen ini yang dirasmikan oleh YB Datuk Sei Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia.

Tarikh Input: 25/10/2019 | Kemaskini: 25/10/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXERDAQ~