LAPORAN MAJLIS PENUTUP BULAN KEUSAHAWANAN SISWA DAN ANUGERAH PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » LAPORAN MAJLIS PENUTUP BULAN KEUSAHAWANAN SISWA DAN ANUGERAH PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 2019

LAPORAN MAJLIS PENUTUP BULAN KEUSAHAWANAN SISWA DAN ANUGERAH PERTANDINGAN USAHAWAN INOVASI PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 2019

Pada 6 November 2019 telah dijalankan Majlis Penutup Bulan Keusahawanan Siswa dan Anugerah Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2019 di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Kamel Mohamad Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir sama adalah YBhg. Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antrabangsa) Universiti Putra Malaysia dan YBhg. Prof. Dr. Aldrin Abdullah Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Malaysia.

Sepanjang bulan Oktober pelbagai program dan aktiviti keusahawanan telah dijalankan di semua Institusi Pengajian Awam yang bertemakan merealisasikan aspirasi dan potensi keusahawanan agar dapat melahirkan lebih ramai lagi graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang sebagai job creator.

Semasa majlis ini berlangsung penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2019 turut  diadakan dan disampaikan oleh YBhg. Dato Kamel Mohamad Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak 27 kumpulan telah bertanding untuk merebut gelaran juara bagi Anugerah Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2019 ini.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menjuarai pertandingan ini dengan Projek Eye Deen dan menerima hadiah Wang tunai RM10,000.00, Piala dan Sijil. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Projek Mussa-Banana dan membawa pulang hadiah Wang tunai RM6,000.00, plak dan sijil. Management Science Universiti (MSU) telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini dan berjaya membawa pulang Wang tunai RM3,000.00, plak dan sijil.

Tarikh Input: 21/11/2019 | Kemaskini: 21/11/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdOAW~