
Serdang, 15 Jun 2025 –
Pertanian kini bukan lagi sekadar tanah dan benih, ia menuntut solusi pintar, lestari dan berimpak. Program IoT Incubator Top Agropreneur 2.0 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuka ruang kepada 15 pasukan pelajar dari seluruh negara untuk membentangkan projek pertanian berasaskan teknologi IoT.
Sesi Pembentangan Kemajuan Projek ini berlangsung di Dewan Reka Bentuk, Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), UPM, menampilkan idea-idea kreatif dalam usaha menangani cabaran keterjaminan makanan negara.
Setiap pasukan diberi masa 10 minit untuk membentangkan perkembangan, pelaksanaan dan impak projek masing-masing di hadapan juri profesional.
Dr. Afnizanfaizal Abdullah, Ketua Inovasi dan Pengkomersialan, MRANTI
Ts. Dr. Mohd Fitri Yakub, Pensyarah Kanan, MJIIT, UTM
Puan Noorhazreen Binti Abd Ghani, Pengurus Unit Pembangunan Usahawan dan Pemasaran, PUNB
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK 1 & UMK 2)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Politeknik Merlimau Melaka (PMM)
Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
Kolej Komuniti Santubong (KKS)
Kolej Komuniti Bentong (KKB)
Universiti Putra Malaysia (UPM 1 & 2)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kolej Komuniti Bentong (KKB)
Universiti Putra Malaysia (UPM 1)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Putra Malaysia (UPM 2)
Kolej Komuniti Santubong (KKS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK 1)
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Setiap pasukan menerima geran pembangunan bernilai RM3,000 dan akan mara ke peringkat akhir pada Oktober 2025. Mereka bakal mempersembahkan penyelesaian yang lebih mantap dan bersedia untuk dikomersialkan dalam bidang agroteknologi negara.

Program ini bukan sekadar ruang pertandingan, ia adalah pentas pelancaran agropreneur muda yang berani, progresif dan berjiwa inovatif. Usaha ini juga menjadi jambatan strategik antara dunia akademik dan industri dalam membina masa depan pertanian Malaysia yang lebih pintar dan berdaya tahan.
Tarikh Input: 16/06/2025 | Kemaskini: 16/06/2025 | hidayahyahya

Aras 1 CEM, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Klik > Video Lokasi <