AGROBANK TEROKA PELUANG KOLABORASI STRATEGIK DENGAN UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » AGROBANK TEROKA PELUANG KOLABORASI STRATEGIK DENGAN UPM

AGROBANK TEROKA PELUANG KOLABORASI STRATEGIK DENGAN UPM

SERDANG, 20 Januari – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai Pembangunan, Agrobank, En. Aminuddin Amenon bersama delegasinya untuk membincangkan cadangan kerjasama strategik dalam program pembangunan kapasiti dan latihan berasaskan pertanian terutamanya dalam Program Pembangunan Usahawan Siswazah.

Program itu bertujuan bagi melahirkan usahawan graduan dalam bidang pertanian serta memberi peluang kepada graduan dan alumni terutama kepada pelajar B40 dan asnaf untuk menyertai program bermodal kecil dan pembiayaan awal disediakan oleh Agrobank.

Dalam kunjungan hormat tersebut, pihak Agrobank juga mencadangkan beberapa kolaborasi strategik dengan menawarkan perkhidmatan Agrobank kepada warga UPM.

Turut hadir pada kunjungan hormat ini, Ketua Jabatan Pusat Kecemerlangan Agrobank, En. Rosli Jusoh; Ketua Seksyen Pembangunan Perniagaan Agrobank (ACE), En. Andy Roy Sian; Ketua Seksyen Deposit Kerajaan dan GLC, Agrobank, Pn. Rohana Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail dan Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran (CEM), UPM, En. Ludinata Misnun.

Tarikh Input: 20/01/2023 | Kemaskini: 20/01/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEZXA2~