‘DOKKDANG’ MARA KE PERINGKAT AKHIR PROGRAM BIG STAGE IPROCOM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » ‘DOKKDANG’ MARA KE PERINGKAT AKHIR PROGRAM BIG STAGE IPROCOM

‘DOKKDANG’ MARA KE PERINGKAT AKHIR PROGRAM BIG STAGE IPROCOM

Kuala Terengganu, 27 Mac 2022 - Nurdamia Qaisara bt Abdul Wahab pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM telah berjaya menjadi finalis Program Idea, Product & Commercial (IPROCOM) anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 9 April 2021 melibatkan universiti awam seluruh Malaysia. 

Nurdamia membawa produk Dokkdang iaitu pasta sos hasil produk pembangunan dan penyelidikan beliau sendiri. 

“Pasta sos buatan kami lengkap semua rasa masam, manis, masin dan pedas kerana rakyat Malaysia memang suka makan terutamanya masakan yang pedas”, katanya.

Ditanya mengenai pelantar pemasaran, beliau berkata pelantar media sosial seperti Instagram, Shopee dan TikTok menjadi pilihannya bagi memasarkan produk. Selain itu, beliau menyewa tapak di bazar Subang Bestari untuk memperkenalkan produk terus kepada pelanggan. Walaupun masih di peringkat pengenalan, ‘Dokkdang’ mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan.

Manakala itu, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali yang merupakan Mentor rasmi Nurdamia berkata, galakan dan semangat yang diberikan oleh pihak CEM telah memberi peluang kepada Nurdamia untuk mara ke pertandingan akhir walaupun beliau baru sahaja menceburkan diri dalam bidang keusahawanan siswa.

Kemuncak IPROCOM merupakan ‘Big Stage’ di mana peserta akan membentangkan pelan perniagaan di hadapan juri yang dilantik oleh penganjur. ‘Big Stage’ IPROCOM berakhir dengan penganugerahan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 27 Mac 2022 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.

Tarikh Input: 04/04/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXESXAs~