GERAN PERNIAGAAN SEBANYAK RM1000 DIBERIKAN KEPADA USAHAWAN SISWA UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » GERAN PERNIAGAAN SEBANYAK RM1000 DIBERIKAN KEPADA USAHAWAN SISWA UPM

GERAN PERNIAGAAN SEBANYAK RM1000 DIBERIKAN KEPADA USAHAWAN SISWA UPM

Serdang, 15 Jun 2021 – Seramai 17 orang usahawan siswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai Program Siswapreneur Advance baru-baru ini telah menerima geran perniagaan sebanyak RM1000.00 seorang bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menyalurkan dana sebanyak RM46,200.00 untuk penganjuran program ini bagi memastikan pembangunan keusahawanan usahawan siswa di Institusi Pengajian Tinggi terus berdaya saing. 

Selama 2 bulan program ini berlangsung iaitu daripada bulan Mac sehingga Jun 2021, telah memberi latihan secara terus dan komprehensif bagi memperkasakan usahawan siswa UPM dengan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang keusahawanan. Sebanyak 7 modul keusahawanan yang dibangunkan oleh pensyarah UPM dipelajari oleh peserta antaranya Smart Marketing dan Innovation & Creativity in Business.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan untuk membantu meningkatkan kemahiran perniagaan pelajar melalui bimbingan dikalangan pihak industri dan pensyarah UPM yang berpengalaman. Pelaksanaan program ini merangkumi 2 fasa iaitu kursus keusahawanan dan pemantauan perniagaan selama 2 bulan oleh mentor dikalangan usahawan yang berjaya.

Menurut Annati Tuah, salah seorang peserta program, mentor bagi kumpulannya sangat membantu memberi maklumat dan tidak kedekut ilmu. “Dengan bantuan ilmu daripada penyelia, saya mampu meningkatkan jualan dalam masa 2 bulan walaupun negara kini dilanda dengan penularan wabak covid-19. Saya juga menggunakan pelbagai strategi pemasaran secara digital yang saya pelajari semasa program ini.”, tambahnya lagi.

Ucapan Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali semasa pembentangan akhir jualan pelajar, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyelia kerana sudi membimbing pelajar dalam program ini dan sanggup mengorbankan masa demi melihat anak muda berjaya di masa hadapan. Diharapkan agar perniagaan pelajar terus berdaya saing dan berkembang pada masa akan datang. Program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar UPM.

Tarikh Input: 21/07/2021 | Kemaskini: 21/07/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdRAV~