Kursus Induksi Dan Taklimat Koperasi Baru ANGKASA 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » Kursus Induksi Dan Taklimat Koperasi Baru ANGKASA 2019

Kursus Induksi Dan Taklimat Koperasi Baru ANGKASA 2019

Kursus Induksi Dan Taklimat Koperasi Baru ANGKASA 2019
Hotel Seri Malaysia Genting Highland
8 - 9 Februari 2019
 
 
 
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (AGKASA) telah berjaya menganjurkan Kursus Induksi & Taklimat Koperasi Baru 2019 melibatkan koperasi terpilih disekitar negeri selangor pada 8 & 9 Februari 2019 bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting Highland.
 
Program melibatkan lebih 42 buah koperasi dengan penyertaan seramai 80 orang peserta telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato Haji Abdul Fattah Abdullah dan majis penutup telah disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA  iaitu Tuan Haji Mohamad Azmi Omaruddin.
 
Kursus bertujuan memberi pendedahan berkaitan tadbir urus koperasi yang lebih sistematik, Penerangan Hak  Tanggungjawab Ahli serta Pembangunan Pelan Strategik Perniagaan. Selain itu, Yang Berbahagia presiden turut menyampaikan amanat Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dato' Mohd Redzuan Md. Yusof untuk memperkasakan perniagaan koperasi melalui operasi logistik dan memberikan impak lebih signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) dengan unjuran pendapatan sebanyak RM5.5 billion melalui gerakan koperasi di Malaysia.
 
Koperasi keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia berhad (KOSISWA UPM) telah menghantar seorang wakil iaitu Nor Iskandar Bin Jaafar bagi mewakili pihak koperasi.

Tarikh Input: 20/02/2019 | Kemaskini: 01/11/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEUWAt~