MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UPM SEKRETARIAT KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KOSISWA UPM BAGI SESI 2023/2024 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UPM SEKRETARIAT KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KOSISWA UPM BAGI SESI 2023/2024

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UPM SEKRETARIAT KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KOSISWA UPM BAGI SESI 2023/2024

Serdang, 22 Februari 2023 - Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia (KOSISWA UPM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke – 6 secara dalam talian melalui aplikasi Microsoft Teams. Seramai 92 orang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai latar belakang pengajian dan staf Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik Ahli Lembaga Koperasi KOSISWA UPM yang baharu bagi tahun 2023/2024.

Muhammad Afig Iskandar Bin Adrel telah dilantik sebagai Pengerusi KOSISWA UPM bagi sesi 2023/2024. Beliau merupakan pelajar UPM tahun ketiga dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM bagi Sekretariat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan.

“Harapan saya dengan barisan kepimpinan yang baharu ini dapat bekerjasama bagi memajukan lagi KOSISWA UPM pada masa akan datang dengan menjayakan segala aktiviti dan program serta menaikkan lagi nama KOSISWA UPM di kalangan pelajar UPM”, katanya.

Bagi aktiviti perniagaan pada tahun 2023 ini, KOSISWA UPM memfokuskan kepada pengeluaran produk air mineral dengan jenama KOSISWA UPM dan pembukaan perniagaan KAFE CEMARA. Selain itu, KOSISWA UPM juga menyediakan pelbagai latihan bagi ahli KOSISWA UPM antaranya Seminar Pembangunan Koperasi, Kursus Modal Insan, dan Kursus Keusahawanan.

Tarikh Input: 28/03/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEQSA0~