MUHAMMAD NAZRIALIF DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KOSISWA UPM BERHAD BAGI SESI 2022/2023 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » MUHAMMAD NAZRIALIF DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KOSISWA UPM BERHAD BAGI SESI 2022/2023

MUHAMMAD NAZRIALIF DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI KOSISWA UPM BERHAD BAGI SESI 2022/2023

Serdang, 27 Februari 2022- Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia (KOSISWA UPM BERHAD) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke – 5 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Seramai 70 orang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai latar belakang pengajian dan staf Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah menghadiri mesyuarat ini.  Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik Ahli Lembaga KOSISWA yang baharu bagi tahun 2022/2023.

Muhammad Nazrialif B. Abdullah Sani telah dilantik sebagai Pengerusi KOSISWA UPM BERHAD bagi sesi 2022/2023. Beliau merupakan pelajar UPM tahun ketiga dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM bagi Sekretariat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan. Beliau berkata “Saya mengharapkan agar KOSISWA UPM pada masa akan datang akan lebih maju dengan barisan kepimpinan yang baharu dan dapat bekerjasama bagi menjayakan segala aktiviti serta menaikkan lagi nama KOSISWA UPM BERHAD di kalangan pelajar UPM.”

Pada tahun 2022 pelbagai latihan bagi ahli KOSISWA akan diberikan antaranya Kem Kepimpinan Koperasi, Kursus Modal Insan 1 (KMI 1) - Jati Diri Koperasi dan Kursus Modal Insan 2 (KMI 2) – Tadbir Urus Koperasi.  Aktiviti perniagaan pula tahun ini KOSISWA memfokuskan kepada pengeluaran air mineral dan kedai coffee di dalam kampus.

Tarikh Input: 01/03/2022 | Kemaskini: 01/03/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEaBAG~