PELAJAR UPM KONGSI ILMU SEMASA LAWATAN KE KG. SG. TIMUN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » PELAJAR UPM KONGSI ILMU SEMASA LAWATAN KE KG. SG. TIMUN

PELAJAR UPM KONGSI ILMU SEMASA LAWATAN KE KG. SG. TIMUN

REMBAU, 19 April 2022 – Seramai 15 pelajar dan 10 pegawai Universiti Putra Malaysia telah mengendalikan Program Social Enterprise @Rural Community di Kampung Sungai Timun, Rembau Negeri Sembilan, di sini.

Program ini dilaksanakan untuk membantu komuniti mengembangkan kemahiran perniagaan dalam usaha mengkomersialkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdapat di kampung tersebut.

Selain itu, progam ini menekankan aspek pemindahan ilmu keusahawanan daripada pelajar kepada komuniti. Mereka membantu komuniti dalam pengurusan aliran kewangan, pembungkusan dan pemasaran produk. Seramai tiga (3) usahawan komuniti menyertai program ini di mana mereka terlibat di dalam perniagaan pengeluaran makanan sejuk beku, baja tanaman dan restoran.

“Terima kasih kepada pihak CEM UPM kerana akhirnya saya mempunyai rekod kewangan yang sistematik setelah memasuki program ini”, kata Puan Faizah Osman, salah seorang peserta program yang mengusahakan perniagaan baja tanaman.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan di samping dapat membuka ruang kepada kami untuk berkongsi ilmu kepada komuniti yang memerlukan ilmu asas berniaga.”, Ujar Nur Aina Amirah Azmi, pelajar Fakulti Pertanian yang menjadi peserta program ini.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali yang juga merupakan mentor program berkata, program pemindahan ilmu daripada usahawan pelajar UPM kepada komuniti Kampung Sungai Timun ini dapat membantu mereka melahirkan idea baharu dalam perniagaan. Malah, kreativiti yang wujud hasil gabungan idea usahawan dan pelajar meningkatkan pendapatan usahawan komuniti terlibat.

Program Social Enterprise @Rural Community ini dianjurkan oleh CEM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, telah dimulakan sejak Februari 2022 sehingga kini.

Tarikh Input: 22/08/2022 | Kemaskini: 22/08/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEZNAe~