PROGRAM SISWAPRENEUR STARTUPBIZ BAKAL MELAHIRKAN USAHAWAN YANG BERJAYA DARI KALANGAN PELAJAR | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » PROGRAM SISWAPRENEUR STARTUPBIZ BAKAL MELAHIRKAN USAHAWAN YANG BERJAYA DARI KALANGAN PELAJAR

PROGRAM SISWAPRENEUR STARTUPBIZ BAKAL MELAHIRKAN USAHAWAN YANG BERJAYA DARI KALANGAN PELAJAR

Serdang, 7 Januari 2023 - Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Siswapreneur StartupBiz pada 7 & 8 Januari 2023 di Balai Minda, KOSASS UPM.

Program ini adalah satu program yang melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya selepas bergraduat. Seramai 28 orang pelajar telah turut serta dalam program ini dimana mereka telah diberi pendedahan tentang kepentingan keusahawanan, pemasaran digital, rancangan perniagaan, inovasi dan kreativiti dan lain-lain.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali berkata program ini dapat memberikan pendedahan dan pendidikan tentang keusahawanan pada peringkat awal dan dapat menimbulkan minat pelajar terhadap keusahawanan secara semula jadi.

“Harapan saya dari Program Siswapreneur Startupbiz ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya dari kalangan pelajar yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, katanya lagi.

Dr. Mass Hareeza Ali, pengarah CEM, dan Dr. Hizmawati Madzin, timbalan pengarah PKPP telah turut serta mengendalikan program ini.

Tarikh Input: 19/01/2023 | Kemaskini: 19/01/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEYJAT~