PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE@RURAL COMMUNITY BANTU TINGKATKAN PENDAPATAN KOMUNITI KG. SUNGAI TIMUN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE@RURAL COMMUNITY BANTU TINGKATKAN PENDAPATAN KOMUNITI KG. SUNGAI TIMUN

PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE@RURAL COMMUNITY BANTU TINGKATKAN PENDAPATAN KOMUNITI KG. SUNGAI TIMUN

Port Dickson, 26 Mac 2022 - Seramai tiga orang usahawan komuniti dari Kampung Sungai Timun, Negeri Sembilan menyertai Program Social Enterprise@Rural Community. Program ini adalah anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Selain daripada usahawan komuniti, 15 orang pelajar UPM juga terlibat secara langsung dalam program ini.

Objektif program ini adalah untuk membantu membuat penambahbaikan dalam operasi perniagaan isi rumah komuniti bandar selain menerapkan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan masyarakat melalui mahasiswa sebagai agen keusahawanan. Program selama tiga hari ini berasaskan modul-modul keusahawanan seperti Pelan Perniagaan, Pemasaran Digital dan Asas Kewangan. Modul-modul ini disampaikan oleh pensyarah-penyarah dari UPM.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali menerusi slotnya berkata beliau sangat teruja dapat menganjurkan program yang berimpak tinggi ini bukan sahaja kepada pelajar malah kepada komuniti juga. Beliau berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.

Menurut salah seorang peserta program, “Saya sangat beruntung kerana terpilih untuk menyertai program ini. Selain dapat membantu perniagaan komuniti, saya juga mempelajari ilmu keusahawanan yang baharu”. 

Diharapkan melalui program ini dapat membentuk graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Usaha ini demi melahirkan usahawan siswa yang lebih berdaya saing di mata masyarakat.

Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEUKAV~