TIPS AZLAN HUZAIFAH BERJAYA MENAIKAN PENGIKUT PERNIAGAAN PELAJAR DI INSTAGRAM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » TIPS AZLAN HUZAIFAH BERJAYA MENAIKAN PENGIKUT PERNIAGAAN PELAJAR DI INSTAGRAM

TIPS AZLAN HUZAIFAH BERJAYA MENAIKAN PENGIKUT PERNIAGAAN PELAJAR DI INSTAGRAM

Serdang, 18 Februari 2021 – Program Borak Tepi: Keusahawanan dan Kerjaya (Siri 3) menampilkan panel yang berbakat Azlan Huzeifa dengan tajuk Pemasaran di Instagram. Program yang berlangsung pada 17 Februari 2021 ini telah meraih lebih 1000 penonton di Facebook Live Universiti Putra Malaysia.

Program ini adalah inisiatif Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) untuk memberi pendedahan kepada warga kampus UPM dalam bidang keusahawanan dan kerjaya. Slot yang berlangsung selama dua jam yang dimoderatorkan oleh Encik Ludinata Misnun, Timbalan Pengarah CEM berjaya menarik penonton semasa sesi perkongsian berlangsung.

Menurut Dalila Alias menerusi ruangan komen di Facebook, aplikasi Instagram sangat sesuai dijadikan platform untuk berniaga. “Perkongsian Tuan Azlan bermanfaat dan membantu saya dalam menaikkan pengikut di Instagram” ,tambahnya lagi.

Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali berterima kasih kepada Tuan Azlan kerana memberi perkongsian yang menarik kepada pelajar-pelajar UPM malah beliau juga sempat mempelajari cara-cara berniaga di Instagram.

Program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan warga kampus termasuklah Timbalan Naib Canselor (HEPA). Beliau berkata perkongsian sebegini sangat bagus dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua staf CEM.

Tarikh Input: 24/02/2021 | Kemaskini: 24/02/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDcSA4~