VERTICO-KOSISWA-CEM BERJAYA TARIK 100 PELAJAR SERTAI INTERNATIONAL ENTREPRENUERSHIP SYMPOSIUM 2024 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN cem
» BERITA » VERTICO-KOSISWA-CEM BERJAYA TARIK 100 PELAJAR SERTAI INTERNATIONAL ENTREPRENUERSHIP SYMPOSIUM 2024

VERTICO-KOSISWA-CEM BERJAYA TARIK 100 PELAJAR SERTAI INTERNATIONAL ENTREPRENUERSHIP SYMPOSIUM 2024

Serdang, 15 Mei 2024 – International Entrepreneurship Symposium 2024 telah berjaya dianjurkan oleh syarikat milik usahawan siswa UPM, VERTICO (MHSI Resources Sdn. Bhd.), Koperasi Usahawan Siswa UPM Berhad (KOSISWA) dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM.

Program ini juga dengan mendapat kerjasama rapat daripada ARP Foundation Indonesia, sebuah Yayasan Pendidikan keusahawanan di Medan Indonesia.

Menurut Muhammad Hafidz Shahril Izwan, pemilik VERTICO, seramai 100 peserta terdiri daripada pelajar UPM, Universiti Islam Negeri Sumatera Utara, Universiti Mataram, Islamic Senior High School State 1 Medan dan Senior High School State 3.

“Peserta didedahkan dengan perkongsian amalan terbaik bagaimana untuk memulakan perniagaan berdasarkan pengalaman usahawan siswa kedua-dua negara”, katanya.

Sementara itu, Dr. Hizmawati Madzin, Pengarah CEM berkata, peserta telah diberi kata-kata semangat dan motivasi oleh tokoh usahawan siswa, Muhammad Hafidz Shahril Izwan telah berkongsi pengalaman beliau dalam menerajui syarikat percetakan terbesar diadalam UPM pada masa kini iaitu VERTICO.

”Pada akhir program, peserta telah didedahkan dengan perkongsian daripada Bapak Ahmadryanshah yang mengetuai delegasi daripada Indonesia mengenai teknik-teknik keusahawanan kepada para peserta,” katanya lagi.

Salah seorang peserta Pang Khong You berkata, melalui program ini beliau dapat belajar teknik -teknik yang betul sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Kami diberi pendedahan mengenai keusahawanan sebagai kerjaya pilihan serta diberi peluang mendapatkan ilmu pengetahuan melalui sesi perkongsian usahawan siswa”, menurutnya lagi.

Untuk rekod, Muhammad Hafidz Shahril Izwan, VERTICO (MHSI Resources Sdn. Bhd.) merupakan pemenang Anugerah Syarikat Pemula Siswa Terbaik di dalam Anugerah Keusahawanan KPT 2023. Beliau merupakan mentee aktif keusahawanan CEM, pelajar tahun 2 Bacelor Perniagaan Tani Fakulti Pertanian dan Kolej Tan Sri Aishah Ghani, UPM.

Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
W, (07:46:39am-07:51:39am, 13 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]