Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama & Keusahawanan | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama & Keusahawanan

Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama & Keusahawanan

Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama & Keusahawanan
Hotel TENERA, Bandar Baru Bangi
12 - 13 Januari 2019
 
 
Pada 12 - 13 Januari 2019, CEM UPM telah menghantar 2 orang pelajar yang merupakan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) bagi mewakili Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM) ke Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Berlandaskan Semangat Bekerjasama & Keusahawanan bertempat di  Hotel TENERA, Bandar Baru Bangi. Konvensyen turut di sertai pegawai pengiring, Encik Mohd Isnain Ali bagi mewakili KOSISWA UPM didalam mesyuarat anggota lembaga Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad (KOSISMA).
 
 
 
Objektif pelaksanaan program adalah untuk menetapkan hala tuju koperasi dalam merangka Dasar Koperasi Negara, mengenalpasti isu serta cabaran yang dihadapi gerakan koperasi dan merangsang keusahawanan sosial melalui gerakan koperasi serta menjadikan koperasi sebagai pemangkin dan rakan strategik bagi merancakkan pertumbuhan dan pembesaran perniagaan kecil dan sederahana.
 
Konvensyen turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md. Yusof dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia, YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli.

Date of Input: 15/01/2019 | Updated: 15/01/2019 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdWAE~