MAYBANK STUDENT AMBASSADOR LANTIK 6 PELAJAR UPM SEBAGAI DUTA | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » MAYBANK STUDENT AMBASSADOR LANTIK 6 PELAJAR UPM SEBAGAI DUTA

MAYBANK STUDENT AMBASSADOR LANTIK 6 PELAJAR UPM SEBAGAI DUTA

  

SERDANG, 20 Jan 2021 – Terdapat 6 orang pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya dilantik menjadi duta pelajar bagi Program Maybank Student Ambassador #Mbassador untuk tahun 2021.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali mengucapkan sekalung tahniah buat semua pelajar yang berjaya dilantik sebagai Maybank Student Ambassador 2021 terutama buat enam wakil pelajar dari UPM. 

Mereka yang dilantik akan bekerjasama dengan Maybank untuk mengekalkan produktiviti melalui sosial media bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Tahniah diucapkan buat enam wakil pelajar UPM iaitu Nazrul Irfanradi Bin Nazarulanuar, Ahmad Khairul Amir Bin Kamaluddin, Mehaarshini Murugayah, Muhammad Afnan Bin Muhammad Adnan, Aileena Jacklyn A/P Simon dan Nurul Aliah Aqilah Bt Abdullah atas pelantikan sebagai Maybank Student Ambassador 2021.

 Program Maybank Student Ambassador #Mbassador ini merupakan sebuah program anjuran Maybank dengan kerjasama PFA (Personal Financial Advisor) Talent Search sebagai perintis dalam menjalankan pelantikan secara maya.

Date of Input: 25/04/2021 | Updated: 25/04/2021 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXETTA1~