MODUL CHAMPIONING ENTREPRENEURSHIP TINGKATKAN CIRI KEUSAHAWANAN PEMIMPIN PELAJAR | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » MODUL CHAMPIONING ENTREPRENEURSHIP TINGKATKAN CIRI KEUSAHAWANAN PEMIMPIN PELAJAR

MODUL CHAMPIONING ENTREPRENEURSHIP TINGKATKAN CIRI KEUSAHAWANAN PEMIMPIN PELAJAR

Serdang, 16 Ogos 2021 – Seramai 145 orang pemimpin pelajar daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah mengikuti Modul Championing Entrepreneurship melalui Program Latihan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (LAKSAMANA) 2021. Universiti Putra Malaysia melalui Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah dilantik oleh Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi (BMH, JPT) sebagai Ketua Penyelaras Modul Keusahawanan ini.

Program LAKSAMANA di adakan selaras dengan hasrat daripada 11 Agenda Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang mencadangkan supaya satu program memperkasa kepimpinan mahasiswa dapat dijalankan oleh pihak Kementerian yang merangkumi semua modul kepimpinan. Melalui modul keusahawanan sebanyak 3 topik telah dikongsikan kepada pemimpin pelajar ini iaitu Neuro-Linguistic Programming (NLP) – Transformasi Minda, Business Model Canvas (BMC) dan Pemasaran Digital.

Transformasi minda pelajar penting untuk menerima keusahawanan sebagai salah satu elemen job creator serta berkebolehan mengaplikasikan elemen tersebut dalam kehidupan harian. Pengenalan kepada BMC membolehkan pembangunan atitud yang positif terhadap idea baharu, kreativiti dan inovasi.  Pelajar juga didedahkan tentang konsep pemasaran digital di mana pelajar akan dapat mendalami ilmu pemasaran digital dan teknik-teknik pemasaran digital yang terkini untuk kekal relevan dengan perubahan semasa.

Menurut Muhammad Muzhaffar Syah, “sepanjang tiga hari saya mengikuti modul keusahawanan saya dapat ilmu baharu yang sangat berguna dan penting sebagai seorang pemimpin. Bidang keusahawanan tidak bermaksud sepenuhnya perniagaan semata-mata tetapi maksud disebaliknya ialah usahawan yang bermaksud sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam kehidupan.”

Diharapkan melalui program ini dapat membentuk graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program ini dijalankan dengan Kerjasama Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) dan Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM).

Date of Input: 17/08/2021 | Updated: 17/08/2021 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEZIAS~