UPM MENANG TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN SIMULASI PERNIAGAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » UPM MENANG TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN SIMULASI PERNIAGAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

UPM MENANG TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN SIMULASI PERNIAGAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

Serdang, 7 Disember 2021 – Syarikat Farmlah yang dianggotai oleh 5 orang Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA Peringkat Kebangsaan 2021. Pertandingan ini merupakan kali keempat pernah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak mula dilaksanakan pada tahun 2013.

Pertandingan dijalankan secara atas talian selama 3 bulan yang melibatkan 19 IPTA di seluruh Malaysia. Melalui pertandingan ini dapat meningkatkan atribut dan kemahiran keusahawanan seperti pengurusan risiko, pengurusan personel, kewangan dan sebagainya. Selain itu, kemahiran insaniah penyelesaian masalah, kepimpinan, komunikasi, , kerja berpasukan, serta moral dan etika profesional para peserta turut diperkasakan

Ali Imran, CEO syarikat berkata , beliau bersama ahli kumpulan telah menghasilkan sebuah produk hidroponik dengan menggunakan sistem IOT bagi memudahkan proses penanaman terutama di kawasan bandar. Simulasi perniagaan ini telah memberi satu pengalaman berharga kepada kami kerana berpeluang menjalankan perniagaan sebenar dan berinteraksi bersama pelabur yang berminat untuk produk yang dihasilkan di dalam pertandingan ini.

Syarikat ini telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 serta plak dan sijil. Kumpulan turut disertai oleh Hoh Jia Da sebagai CFO, Muhammad Muqriz Adam Shah sebagai COO, Marcus Edward sebagai CMO dan Nazrul Irfanradi sebagai CHRO.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Date of Input: 09/12/2021 | Updated: 09/12/2021 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdQAm~