CEM TEROKA PELUANG KERJASAMA DENGAN LINKEDIN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » CEM TEROKA PELUANG KERJASAMA DENGAN LINKEDIN

CEM TEROKA PELUANG KERJASAMA DENGAN LINKEDIN

Singapura, 8 Mei 2024 - Delegasi CEM UPM telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan penting ke LinkedIn Singapura, hari ini.  Pertemuan yang bermanfaat  itu berfungsi sebagai platform untuk pertukaran pandangan dan potensi penerokaan kerjasama antara kedua-dua organisasi.

Delegasi UPM diketuai oleh Pengarah CEM, Dr, Hizmawati Madzin, Timbalan Pengarah CEM Ludinata Misnun dan Ketua Seksyen Kebolehpasaran Graduan, Ahmad Fauzi Abu Bakar.

Pelbagai topik telah dibincangkan semasa pertemuan tersebut, merangkumi landskap industri semasa, trend pekerjaan yang sedang berkembang pasca wabak Covid-19, pasaran kerja dalam kelembapan ekonomi dunia dan strategi inovatif untuk pemilihan bakat dan rangkaian profesional antarabangsa.

Menurut Pengarah CEM, lawatan ke LinkedIn Singapura menandakan langkah penting ke hadapan dalam mengukuhkan hubungan dan memanfaatkan sinergi untuk kebaikan bersama.

 

“Ia melambangkan komitmen untuk membina perkongsian yang bermakna dan memanfaatkan kepakaran dan sumber daya.

“Kami dapat mempelajari bagaimana 2 universiti awam Singapura, Nanyang Technology University (NTU) dan Singapore University of Social Sciences (SUSS) mengadakan kerjasama strategik dengan pihak Linkedin untuk memastikan graduan mereka berdaya saing di pasaran kerja melalui platform Linkedin”, katanya lagi.

Sementara itu, Mastura Mansor, Ketua Sektor Awam di LinkedIn Malaysia berkata, melihat ke hadapan, kami di Linkedin bersemangat untuk perbincangan lanjut dengan pihak UPM.

“Kami menjangkakan dialog yang berterusan dan penerokaan jalan kerjasama yang konkrit dalam masa terdekat dengan UPM khususnya dan Kementerian Pendidikan Tinggi umumnya”, ujarnya lagi.

Lawatan tersebut bersempena Mesyuarat Majlis Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Malaysia (MyGRAD) itu turut disertai oleh delegasi daripada semua universiti awam di Malaysia - CEM.

Tarikh Input: 09/05/2024 | Kemaskini: 09/05/2024 | ludinata

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXFUMAb~