Public-Private Research Network (PPRN) | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » Public-Private Research Network (PPRN)

Public-Private Research Network (PPRN)

Public-Private Research Network (PPRN) adalah satu inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia. Misi PPRN adalah untuk mewujudkan knowledge-friendly ecosystem iaitu persekitaran di mana pengetahuan dihasilkan dan disebarkan daripada Institusi Pendidikan dan Institusi Penyelidikan Awam kepada industri/perusahaan yang memerlukan pengetahuan tersebut.

Objektif utama PPRN adalah untuk menggalakkan penyertaan ahli akademik untuk melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan, meningkatkan produktiviti PKS dan industri melalui adaptasi state-of-the-art atau teknologi yang bersesuaian. Selain itu, PPRN memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyelidikan inovasi daripada IPT kepada pengusaha PKS dan industri.

Tambahan lagi, PPRN mempunyai skop projeknya yang tersendiri agar seiring dengan mencapai objektif utama. Antara skop projek PPRN adalah inovasi produk di mana penambahbaikan produk atau nilai produk sedia ada industri/perusahaan untuk keperluan pasaran. Skop projek PPRN juga merangkumi inovasi proses untuk menambahbaik proses pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan, mengoptimumkan pengeluaran untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen menggunakan state-of-art technology dan meningkatkan skala pengeluaran.

Pihak KPM juga menyediakan syarat dan kriteria bagi setiap permohonan projek. Syarat dana kriteria yang telah ditetapkan adalah permohonan terbuka kepada semua syarikat berdaftar di Malaysia dengan nilai jualan tahunan melebihi RM50,000. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia bagi perniagaan bertaraf Syarikat Multinasional. Seterusnya, syarikat hendaklah mempunyai masalah teknologi/teknikal dalam pengeluaran produk, proses dan perkhidmatan. Justeru, permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan, pemasaran atau pembelian off-the-shelf tidak akan dipertimbangkan. Permohonan projek PPRN hanya sah bagi produk yang memerlukan penambahbaikan sudah dipasarkan. Keutamaan diberi kepada projek yang boleh disiapkan dalam tempoh 6 bulan, namun tempoh pelaksanaan projek tidak melebihi daripada 12 bulan masih boleh dipertimbangkan dan PPRN serta industri akan bersama membiayai pelaksanaan projek.

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 01/10/2018 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1319
0389471124
B1566210271