CEM DINOBATKAN JOHAN ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA (5S/EKSA) KATEGORI D SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) 2019
SERDANG, 22 November 2019 – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) Kategori D-Bilangan Pekerja PTJ Berskala Rendah sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia Tahun 2019.
HKIP merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Jaminan Kualiti bagi memberi pendedahan kepada warga UPM untuk menerap dan mengaplikasikan konsep inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan dan tugasan seharian dan sebagainya. Penganjuran HKIP pada setiap tahun telah menarik minat CEM sebagai salah satu PTJ untuk turut serta dalam beberapa kategori pertandingan yang dianjurkan.