SOALAN LAZIM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PERKHIDMATAN
1
Adakah CEM menyediakan pinjaman perniagaan kepada pelajar UPM untuk memulakan perniagaan?

CEM menyediakan pinjaman perniagaan kepada pelajar untuk memulakan perniagaan iaitu Mikrokredit. Usahawan siswa boleh menghubungi Puan Mazlina CEM di talian 03-9769 1469 untuk mendapatkan garis panduan permohonan pinjaman tersebut di sini: https://cem.upm.edu.my/perkhidmatan/pembangunan_keusahawanan/perkhidmatan_lain_2_pinjaman_perniagaan_mikro_kredit_cem_mtdc-75209  

2
Apakah ruang niaga yang disediakan oleh CEM untuk membantu pelajar menjalankan perniagaan di kampus UPM?

Antara ruang niaga yang disediakan oleh CEM adalah seperti berikut:

  • PutraBiz@CEM
  • PutraBiz@CAFE – 4 unit
  • PutraBiz@Kiosk – 6 unit
  • PutraBiz@Stall 
  •   Boleh semak lebih lanjut perkhidmatan CEM di sini: https://cem.upm.edu.my/perkhidmatan/pembangunan_keusahawanan-3423   Boleh juga hubungi Encik Zubair CEM di talian 03 - 9769 1033. 

    3
    Adakah CEM menyediakan platform untuk kami mendapatkan pekerjaan?

    Sudah tentu! 2 pelantar pekerjaan yang kami sediakan adalah seperti berikut:

  •  Pelantar #MemburuKerjaUPM di aplikasi Telegram
    (untuk Graduan - pekerjaan tetap/ kontrak) 
    https://t.me/memburukerjaUPM
  • Pelantar Grup Gig-ekonomi - Kerja Sambilan @UPM di aplikasi Whatsapp 
    https://chat.whatsapp.com/DV7rezNjs9EEX6AzImjHOB  
  • 4
    Adakah CEM menyediakan kelas seperti grooming dan penulisan resume?

    Ya! Di CEM, kami menyediakan kelas-kelas dan program-program yang dapat membantu anda semua membuat persediaan sebelum memasuki alam kerja sebenar. Selain itu, kami juga membuat lawatan ke syarikat-syarikat dan membawa mereka untuk berkongsi berkenaan syarikat mereka. Hubungi Pakar Kerjaya kami di sini: https://cem.upm.edu.my/perkhidmatan/kebolehpasaran_graduan/khidmat_nasihat_kerjaya-75365  

    5
    Adakah CEM memberi bimbingan kerjaya kepada pelajar?

    Ya, CEM ada menyediakan perkhidmatan untuk bimbingan kerjaya pelajar. Contohnya, penulisan resume atau Curricular Vitae (CV) yang betul, meningkatkan keyakinan diri, nasihat dan sebagainya yang berkaitan kerjaya selepas pelajar bergraduasi. Hubungi Pakar Kerjaya kami di sini: https://cem.upm.edu.my/perkhidmatan/kebolehpasaran_graduan/khidmat_nasihat_kerjaya-75365  

    6
    Di manakah letaknya lokasi CEM?

    CEM terletak di Aras 1 (kanan), Kompleks Mahasiswa/ Kompleks Akademik A (KAA), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.  Tepatnya, di belakang Masjid UPM.    Semak di sini: https://cem.upm.edu.my/mengenai_kami/maklumat_korporat/lokasi-75543  

    7
    Bagaimana memohon Program Khidmat Pelajar (PKP)?

    Boleh hubungi CEM di talian 03 - 97691336 Puan Nursazila atau boleh rujuk di: https://cem.upm.edu.my/perkhidmatan/program_khidmat_pelajar_pkp-14815  

    8
    Apakah program-program keusahawanan yang ditawarkan kepada pelajar UPM?

    Para pelajar berpeluang meneroka dunia keusahawanan di UPM melalui pelbagai kemudahan dan program keusahawan seperti berikut:

  • Program Keusahawanan 1: Siswapreneur Startupbiz@CEM
  • Program Keusahawanan 2: Siswapreneur Advance@CEM
  • Program Keusahawanan 3: Social Entrepreneur@Urban Community (University to Community)
  • Boleh hubungi Puan Junita CEM di talian 03 - 9769 1407.

    9
    Bagaimana untuk membuat pendaftaran perniagaan SSM secara percuma untuk pelajar?

    Boleh hubungi Puan Junita CEM di talian 03 - 9769 1407  atau boleh rujuk di: https://cem.upm.edu.my/perkhidmatan/pembangunan_keusahawanan/program_keusahawanan_4_pendaftaran_syarikat_ssm-75206  

    10
    Adakah CEM menyediakan pinjaman peralatan untuk pelajar berniaga?

    Ya, CEM ada menyediakan pinjaman peralatan keusahawanan bagi kegunaan pelajar untuk berniaga. Boleh hubungi Encik Zubair CEM di talian 03 - 9769 1033  atau boleh rujuk di: https://cem.upm.edu.my/perkhidmatan/pembangunan_keusahawanan/perkhidmatan_lain_1_pinjaman_sewaan_peralatan_perniagaan-75199  

    Kemaskini:: 10/10/2023 [ludinata]

    PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03 - 9769 1121
    .
    SXDdSAd~