SISWAPRENEUR STARTUP BIZ@CEM | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
SISWAPRENEUR STARTUP BIZ@CEM

Tempat : Akan Dimaklumkan Kemudian
Tarikh : 5 - 8 September 2018
BAYARAN : RM30.00

Siswapreneur Start-Up Biz@CEM merupakan suatu program yang diperkenalkan kepada pelajar yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Kursus ini adalah salah satu usaha Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dalam menambah minat dan meningkatkan atribut keusahawanan dikalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Melalui Siswwapreneur Start-Up Biz@CEM pelajar akan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kursus ini dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha menjadikan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya selepas bergraduat dimana ia bukan sahaja membantumengurangkan kadar penganguran graduan, malah mebantu pelajar untuk menjana pendapatan sendiri semasa dalam pengajian lagi.

Objektif Program :

* Memupuk minat para mahasiswa UPM untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan apabila bergraduat kelak.
* Memotivasi semangat para peserta untuk menceburi dunia keusahawanan.
* Menyalurkan maklumat berkenaan sokongan institusi kerajaan dengan institusi bukan kerajaan dalam melahirkan usahawan dikalangan graduan IPTA.

Sebarang pertanyaan berkaitan program, sila hubungi :

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM)
Puan Mazlina Ismail : 03-89471469 
Nor Iskandar Jaafar : 03-89471033 / 014-2233866
E-mel : mazlinaismail@upm.edu.my / n_iskandar@upm.edu.my

Untuk daftar klik disini

Updated:: 04/08/2018 [zul_mohd]

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1319
0389471124
C1568584934