LAPORAN BENGKEL KPM-CELCOM SISWAPRENEUR | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» ARTICLE » LAPORAN BENGKEL KPM-CELCOM SISWAPRENEUR

LAPORAN BENGKEL KPM-CELCOM SISWAPRENEUR

Pada 23 Oktober 2019 Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah mengadakan Bengkel KPM-CELCOM Siswapreneur di Bilik Seminar Kolej Canselor. Seramai 50 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih untuk mengikuti program ini.  Program ini adalah usahasama daripada pihak Celcom Axita Berhad, eUsahawan dan CEM UPM

Melalui perkongsian daripada En. Razi Zaidei, Ketua Pembangunan Perniagaan eUsahawan iaitu “ Introduction to Digital Entrepreneurship : Future of e-Commerce” diharapkan dapat membantu dan memberi  peluang pelajar untuk menjana pendapatan tambahan semasa dalam pengajian melalui digital sebagai satu platform perniagaan mikro.  Turut hadir semasa program tersebut adalah En Areehan Hj Abdullah, Ketua Tanggunjawab Korporat & Perhubungan kerjaan Celcom Axita Berhad dan Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah CEM.

Date of Input: 25/10/2019 | Updated: 25/10/2019 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1319
0389471124
C1573973152