5 Perkara Yang Saya Harap Seseorang Beritahu Ketika Saya Di Tahun Pertama Pengajian | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» ARTIKEL » 5 Perkara Yang Saya Harap Seseorang Beritahu Ketika Saya Di Tahun Pertama Pengajian

5 Perkara Yang Saya Harap Seseorang Beritahu Ketika Saya Di Tahun Pertama Pengajian

oleh: Nazrul Irfanradi

 

 

 

Ramai pelajar kurang menekankan aspek-aspek penting dalam membina kerjaya sejak dari mula memulakan pengajian di tahun pertama.

Berikut adalah lima (5) perkara utama yang mahasiswa berharap dapat diberitahu oleh seseorang pada hari pertama menjejakkan kaki di universiti:

  1. Mula Menyusun Resume pada Tahun Pertama:

    Perkara pertama ialah segera memulakan resume seawal mungkin. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenal pasti perkara-perkara yang perlu di isi atau diperbaiki di dalam resume secara lebih berkesan.

    Menunggu sehingga tahun akhir boleh menyebabkan tekanan yang tidak perlu, jadi lebih baik menyediakan resume secara beransur-ansur dari awal.

  2. Sertai Pameran Kerjaya sejak Tahun Pertama

    Menghadiri pameran kerjaya tidak sepatutnya hanya terhad kepada pelajar tahun akhir. Mahasiswa sewajarnya  terlibat dalam pelbagai program pembangunan kerjaya seperti pameran kerjaya sejak di tahun pertama pengajian.

    Hal ini akan memberikan pemahaman yang jelas tentang laluan kerjaya yang ingin diceburi dan mengetahui tuntutan industri. Sudah tentu ia membolehkan perancangan perjalanan akademik dapat dirancang dengan lebih berkesan.

  3. Manfaatkan LinkedIn sejak Hari Pertama

    Membina hubungan dan menjalinkan rangkaian adalah aspek penting dalam pembangunan kerjaya. Segera buka akaun LinkedIn pada tahun pertama pengajian. Dengan mewujudkan kehadiran pelajar secara profesional dalam talian sejak dari awal, akan dapat memperluaskan rangkaian dan meningkatkan prospek kerjaya dari semasa ke semasa.

  4. Sertai Program Berkaitan Industri

    Walaupun program-program kolej dan fakulti adalah penting, sertailah juga program berkaitan industri. Program-program ini memberikan pandangan yang berharga tentang industri pilihan pelajar.

    Pelajar akan dapat menyerap banyak ilmu dan pengalaman daripada perspektif unik di mana ia merupakan pembelajaran yang tidak ditawarkan di dalam kuliah. Terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti ini memperluaskan pemahaman tentang aplikasi dunia sebenar bagi pembelajaran teori di dalam kelas.

  5. Peroleh Kemahiran Berkaitan Industri

    Selain daripada usaha akademik, adalah penting untuk  mempelajari kemahiran insaniah dan praktikal yang berkaitan dengan industri. Kepakaran dalam perisian seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop, Illustrator, WordPress dan pengurusan Facebook Ads dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar dengan ketara. Begitu juga kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis perlu dipelajari bagi menghadapi cabaran kerja pada masa depan.

Tuntasnya, usah terlalu lewat untuk belajar sesuatu yang baru. Semakin awal bermula, semakin banyak peluang baik mendekati kita. 

++++

 

Nazrul Irfanradi ialah seorang pempengaruh LinkedIn yang menjadi rujukan utama oleh para pengikutnya di LinkedIn. Beliau merupakan idola bagi ramai pelajar di institusi pendidikan tinggi Malaysia, aktif membina kerjaya sejak awal pengajiannya di UPM melalui peranannya sebagai Duta Pelajar Maybank. Kini, beliau bertugas sebagai Eksekutif (Pakar Perkhidmatan) di Nestlé Malaysia.

Rujukan:

https://www.linkedin.com/posts/nazrulirfanradi_resume-career-linkedin-activity-6761476521686380544-ZOhO?utm_source=share&utm_medium=member_desktop

Tarikh Input: 05/10/2023 | Kemaskini: 25/12/2023 | ludinata

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEeAAM~