CEM DINOBATKAN JOHAN ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA (5S/EKSA) KATEGORI D SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) 2019 | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » CEM DINOBATKAN JOHAN ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA (5S/EKSA) KATEGORI D SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) 2019

CEM DINOBATKAN JOHAN ANUGERAH KUALITI PERSEKITARAN TEMPAT KERJA (5S/EKSA) KATEGORI D SEMPENA HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN (HKIP) 2019

SERDANG, 22 November 2019 – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) Kategori D-Bilangan Pekerja PTJ Berskala Rendah sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia Tahun 2019.

HKIP merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Jaminan Kualiti bagi memberi pendedahan kepada warga UPM untuk menerap dan mengaplikasikan konsep inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan dan tugasan seharian dan sebagainya. Penganjuran HKIP pada setiap tahun telah menarik minat CEM sebagai salah satu PTJ untuk turut serta dalam beberapa kategori pertandingan yang dianjurkan.

Antara penyertaan CEM bagi HKIP 2019 adalah seperti idea inovasi yang telah mengangkat Pegawai Tadbir CEM iaitu Encik Mohd Isnain Ali menjadi Naib Johan dengan tema “Menggilap Kreativiti, Mencipta Inovasi”. Selain itu, penglibatan staf CEM iaitu Encik Ahmad Fauzi Abu Bakar bersama gabungan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Hospital Pengajar UPM, dan Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi yang diberi nama Gemersik telah dinobatkan sebagai Johan Koir antara PTJ bagi Tahun 2019. Disamping itu, CEM juga telah menghantar penyertaan bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Kategori Teknikal melalui Kumpulan PutraBiz@CEM. Penglibatan staf CEM dalam HKIP 2019 amatlah digalakkan oleh pihak Pengurusan CEM bagi memberikan pengalaman dan pendedahan kepada staf untuk turut sama menyumbang idea serta mengaplikasikan inovasi dalam perkhidmatan.

Date of Input: 22/11/2019 | Updated: 26/11/2019 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbBAB~