MAJLIS PENYERAHAN MoU DIANTARA GENYOUTH SDN BHD DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » MAJLIS PENYERAHAN MoU DIANTARA GENYOUTH SDN BHD DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

MAJLIS PENYERAHAN MoU DIANTARA GENYOUTH SDN BHD DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

MAJLIS PENYERAHAN MoU DIANTARA GENYOUTH SDN BHD DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

SERDANG, 3 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalin kerjasama strategik bersama GenYouth Sdn Bhd dalam bidang keusahawanan melalui pertukaran pengalaman keusahawanan, kepakaran, idea, teknologi dan inovasi kedua-dua belah pihak.

GenYouth (GY) merupkan sebuah platform perusahaan sosial yang memberi sokongan kepada belia dalam pembangunan keusahawanan. GY membantu dalam mencipta dan menyusun minda keusahawanan, inovasi dan program kepimpinan untuk kampus Universiti dan Kolej di Malaysia bagi menarik minat pelajar terhadap program keusahawanan.

Tujuannya adalah untuk menyediakan peluang dan usaha penglibatan keusahawanan menerusi perkongsian dan kerjasama dengan komuniti tempatan atas tanggungjawab sosial, perniagaan kebangsaan dan syarikat.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata kerjasama strategik itu melibatkan pembangunan dalam konteks keusahawanan dan sekaligus memberi peluang kepada pelajar dalam infrastruktur bagi meningkatkan mutu pengajian dan keberkesanan latihan industri pelajar.

“Jurang antara pembelajaran akademik dan praktikal dapat dirapatkan dalam persekitaran kehidupan sebenar bagi meningkatkan kesedaran, memberikan sokongan keusahawanan, melengkapkan dan memperkasakan generasi akan datang dengan perspektif yang lebih baik dalam bidang keusahawanan.

Sementara itu, Pengarah Pusat pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali turut menjelaskan kerjasama kedua-dua pihak turut  memberi faedah ke arah pembangunan budaya keusahawanan kepada pelajar dan sekaligus membantu meningkatkan kebolehpasaran garaduan.

“Selain daripada meningkatkan pengetahuan dalam dunia keusahawanan, kerjasama ini juga mampu meningkatkan kebolehpasaran selain menjanan sumber pendapatan kepada sepanjang pengajian ,” katanya.

MoU UPM-GenYouth Sdn Bhd telah ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dan CEO GenYouth Sdn Bhd, Eldrick Koh sambil disaksikan oleh Menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada Majlis Bersama Menteri sempena Minggu Perkasa Putra Sesi 2019/2020.

Date of Input: 10/09/2019 | Updated: 10/09/2019 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1319
0389471124
C1568584875