USAHAWAN SISWA BINA JARINGAN SEMPENA KARNIVAL KEUSAHAWANAN KPT | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » USAHAWAN SISWA BINA JARINGAN SEMPENA KARNIVAL KEUSAHAWANAN KPT

USAHAWAN SISWA BINA JARINGAN SEMPENA KARNIVAL KEUSAHAWANAN KPT

22 Jun 2023,Putrajaya – Memperkasa usahawan siswa merupakan agenda utama penganjuran Karnival Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada hari ini. Karnival di Zon tengah ini merupakan acara kemuncak dan penutup bagi empat siri karnival yang telah diadakan pada tahun 2023 iaitu di Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Borneo.

Semasa karnival ini usahawan siswa berpeluang membentangkan rancangan perniagaan mereka secara langsung kepada pihak TEKUN Nasional dan Bank Rakyat bagi mendapatkan pelbagai bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh agensi tersebut seperti pinjaman perniagaan, khidmat nasihat, latihan keusahawanan dan lain-lain. Pameran hasil produk pelajar turut diadakan bagi memberi peluang usahawan siswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) mempromosikan produk mereka kepada umum.

Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu Hoh Jia Da telah menerima penghargaan daripada pihak KPT atas kejayaan beliau mencipta Edulab Zing iaitu kad permainan literasi bahasa Inggeris yang dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar. Seramai 1,500 pelajar telah menerima manfaat daripada permainan ini sejak dipasarkan pada Julai tahun lepas.

Majlis penutup Karnival Keusahawanan KPT ini telah disempurnakan oleh  Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian, di Dewan Za’ba KPT. Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KPT, Naib-naib Canselor Universiti Awam, wakil IPT swasta, rakan kolaborasi strategik dan pegawai-pegawai kanan KPT.

Date of Input: 27/06/2023 | Updated: 27/06/2023 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEcHAS~