Event Title
SISWAPRENEUR STARTUPBIZ 3 COURSE - UPM BINTULU
Date
07 Sep 2024 - 08 Sep 2024
Location
UPM Kampus Bintulu
Event Summary
Siswapreneur StartupBiz@CEM merupakan program yang diperkenalkan kepada pelajar yang baru ingin memulakan langkah dalam perniagaan serta membentuk minat dan melatih para pelajar dalam bidang keusahawanan. Kursus ini juga dapat menambah minat dan memberi nilai tambah ilmu serta pengalaman supaya pelajar dapat merancang untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu opsyen kerjaya apabila bergraduan kelak.
Pada akhir program pelajar Siswapreneur StartupBiz@CEM akan mendaftarkan perniagaan di Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM). Kursus ini dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha menjadikan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya selepas graduat di mana ia bukan sahaja membantu mengurangkan kadar pengangguran graduan, malah membantu pelajar menjana pendapatan sendiri.
Updated:: 17/07/2024 [ludinata]