Program Keusahawanan 1: Siswapreneur Startupbiz@CEM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN cem
» PERKHIDMATAN » Pembangunan Keusahawanan » Program Keusahawanan 1: Siswapreneur Startupbiz@CEM

Program Keusahawanan 1: Siswapreneur Startupbiz@CEM

Siswapreneur Startupbiz@CEM

Pengenalan

Siswapreneur StartupBiz@CEM merupakan program yang diperkenalkan kepada pelajar yang baru ingin memulakan langkah dalam perniagaan serta membentuk minat dan melatih para pelajar dalam bidang keusahawanan. Kursus ini juga dapat menambah minat dan memberi nilai tambah ilmu serta pengalaman supaya pelajar dapat merancang untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu opsyen kerjaya apabila bergraduan kelak.

Pada akhir program pelajar Siswapreneur StartupBiz@CEM akan mendaftarkan perniagaan di Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM). Kursus ini dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha menjadikan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya selepas graduat di mana ia bukan sahaja membantu mengurangkan kadar pengangguran graduan, malah membantu pelajar menjana pendapatan sendiri.

JAWATANKUASA
PROGRAM SISWAPRENEUR STARTUPBIZ@CEM

PENASIHAT
Prof. Madya Dr. Hizmawati Madzin
Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan


PENYELARAS PROGRAM
Encik Ludinata Bin Misnun
Timbalan Pengarah
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan

AHLI JAWATANKUASA
Cik Nur Suhaila Juharei
Encik Muhamad Zubair Bin Muhamad Nazeri

Aktiviti

Ice breaking
Entrepreneurial Mindset
Penyerlahan potensi diri: Keusahawanan kerjaya pilihan
Kreativiti & inovasi produk
Strategi Pemasaran
Rancangan Perniagaan
Business Model Canvas
Pendaftaran SSM

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Syafiq, di talian 03-97691033, syafiqsabidin@upm.edu.my

Kemaskini:: 08/04/2026 [hendrik]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
X, (07:46:38am-07:51:38am, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]