BAZAR PERSATUAN PUTRA SOUQ AJAK PELAJAR SERTAI PERSATUAN DAN KELAB DI UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » BAZAR PERSATUAN PUTRA SOUQ AJAK PELAJAR SERTAI PERSATUAN DAN KELAB DI UPM

BAZAR PERSATUAN PUTRA SOUQ AJAK PELAJAR SERTAI PERSATUAN DAN KELAB DI UPM

Serdang, 7 Sept – Bazar Persatuan atau lebih dikenali sebagai Putra Souq yang telah berlangsung di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia berjaya mengumpulkan lebih daripada 60 persatuan dan kelab dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

Putra Souq diadakan bagi bertujuan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan persatuan dan kelab yang mereka gemari untuk sertai sepanjang mereka bergelar pelajar di UPM ini.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang berlangsungnya Putra Souq termasuklah persembahan daripada pasukan PALAPES, Zumba daripada kumpulan Adimastuli, Pameran persatuan unit beruniform dan tidak lupa bazaar jualan.

Seramai lebih daripada 3800 orang pelajar telah berjaya mendaftar sebagai pelajar baharu bagi sesi pengambilan 2019/2020 pada tahun ini.

Semoga dengan adanya program Putra Souq seperti ini, sedikit sebanyak boleh membantu pelajar dalam mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran insaniah didalam diri mereka sepanjang mereka bergelar pelajar UPM.

Tarikh Input: 10/09/2019 | Kemaskini: 31/10/2019 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbKAH~