DR HIZMAWATI MADZIN DILANTIK PENGARAH BAHARU CEM UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » DR HIZMAWATI MADZIN DILANTIK PENGARAH BAHARU CEM UPM

DR HIZMAWATI MADZIN DILANTIK PENGARAH BAHARU CEM UPM

 

Serdang, 1 April 2024: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melantik Dr. Hizmawati Madzin sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, yang berkuat kuasa mulai 1 April 2024. Beliau menggantikan Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali yang telah berkhidmat hampir 8 tahun sebelum itu.

Dr. Hizmawati ialah pensyarah kanan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP).

Sebelum ini, beliau memang tidak asing lagi dalam kalangan Usahawan Siswa UPM kerana sering terlibat di dalam pelbagai program dan aktiviti keusahawanan CEM. Beliau merupakan felo pengajar dan mentor keusahawanan yang dilantik oleh CEM untuk membimbing usahawan siswa dalam aktiviti pemasaran digital sejak  tahun 2019 lagi.

Kepakaran beliau dalam bidang pembangunan perisian teknologi maklumat sejajar dengan pesatnya perkembangan dalam dunia pemasaran masa kini yang memerlukan penjenamaan digital bagi meningkatkan usahawan siswa terlibat dalam program keusahawan dalam talian.

Mengulas lanjut pelantikannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Naib Canselor UPM yang telah memberi kepercayaan untuk mengemudi CEM bagi tempoh 3 tahun ke hadapan.

“Saya berazam untuk meneruskan tradisi kecemerlangan CEM bagi memperkukuh usaha UPM dalam mempersiapkan graduan di pasaran kerja”, katanya lagi.

Sementara itu, Naib Canselor UPM , Dato’ Prof. Ahmad Farhan Sadulullah yang berucap di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Pengetua di sini hari ini berkata, Ketua PTJ baharu yang dilantik diharapkan dapat melonjak pasukan masing-masing menerusi perancangan strategik dan taktikal, selari dengan Hala Tuju Strategik UPM.

“Walaupun begitu, Ketua PTJ mestilah tetap cemerlang dalam mengoperasikan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) masing-masing demi kelangsungan pencapaian hasil yang berpaksikan nilai dan inklusif”, katanya lagi.

Tarikh Input: 15/04/2024 | Kemaskini: 16/04/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEeCA5~