SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) TARIK MINAT CEM MENJADI EJEN KORPORAT BERDAFTAR PERKESO | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) TARIK MINAT CEM MENJADI EJEN KORPORAT BERDAFTAR PERKESO

SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS) TARIK MINAT CEM MENJADI EJEN KORPORAT BERDAFTAR PERKESO

SERDANG, 15 Mac 2024 – Perbincangan dan Penerangan Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah diadakan di Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 12 Mac 2024 yang bertujuan untuk memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada pelajar dan kakitangan UPM.

Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh 5 wakil daripada PERKESO dan 4 wakil daripada CEM. Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali berkata, Skim yang diperkenalkan sangat bagus bagi memfokuskan perlindungan keselamatan sosial kepada pelajar dan kakitangan UPM yang terlibat dengan aktiviti pekerjaan sendiri dan terdedah dengan risiko kemalangan pekerjaan.

”Skim ini sangat sesuai dicarum oleh pelajar UPM yang aktif menjalankan perniagaan sendiri di dalam kampus sebagai perlindungan keselamatan sosial dan kita di CEM berminat untuk menjadi Ejen Korporat berdaftar PERKESO melalui Koperasi Keusahawanan Siswa Universiti Putra Malaysia Berhad (KOSISWA UPM)”, katanya.

Pegawai Eksekutif Skim Pekerjaan Sendiri (SPS), Muhammad Helmi bin Yunos berkata, PERKESO akan bersama-sama CEM untuk menyediakan mekanisma terbaik perlindungan keselamatan sosial dan jaminan kesejahteraan hidup.

“Skim ini meliputi lima kumpulan sasar utama iaitu Pelajar yang aktif berniaga di dalam kampus, pelajar dan kakitangan yang terlibat dalam sektor industri ekonomi gig, kakitangan dan ahli keluarga yang menjalankan perniagaan sendiri, pelajar latihan industri yang menerima elaun daripada majikan dan atlet sukan berprestasi tinggi yang menerima elaun bulanan”

Pelajar dan kakitangan UPM yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan skim ini boleh menghubungi Encik Muhammad Syahmi bin Salim (wakil PERKESO) di talian 019-2416239 atau Cik Nur Suhaila binti Juharei (wakil CEM) di talian 03-97691469.

Penulis: Nursazila Maulat Mohd Sani

Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbNAg~