FARM FRESH MEMBERI PELUANG MENJANA PENDAPATAN KEPADA PELAJAR UPM | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » FARM FRESH MEMBERI PELUANG MENJANA PENDAPATAN KEPADA PELAJAR UPM

FARM FRESH MEMBERI PELUANG MENJANA PENDAPATAN KEPADA PELAJAR UPM

SERDANG, 17 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar susu jenama tempatan iaitu Farm Fresh bagi mencari usahawan di dalam kalangan pelajar yang mempunyai semangat dan minat untuk menjana pendapatan dengan menjual kebaikan nutrisi susu kepada orang ramai. Seramai 14 orang pelajar UPM telah berdaftar sebagai ejen produk susu Farm Fresh.

“Dengan menjadi ejen produk susu Farm Fresh ini dapat memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan dan dalam masa yang sama saya dapat belajar untuk menjadi seorang usahawan”, kata Munifah Siti Amira Bt Yusuf, pelajar UPM dan ejen produk susu Farm Fresh.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Encik Azmi Zainal berkata, objektif program ini adalah untuk menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar dan membina ‘soft skills’ yang amat penting dalam alam pekerjaan.

“Program Keusahawanan Siswa Mandiri ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjana pendapatan sambil belajar tanpa mengeluar modal”, katanya.

Farm Fresh sentiasa memberi peluang pekerjaan dengan menjadi ejen untuk melahirkan usahawan baharu dan membantu syarikat meluaskan pengedaran susu Farm Fresh di seluruh Malaysia.

Tarikh Input: 31/05/2023 | Kemaskini: 31/05/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdEAk~