HOH JIA DIA HARUMKAN NAMA CEM RANGKUL ANUGERAH PUTRA IKON UPM 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » HOH JIA DIA HARUMKAN NAMA CEM RANGKUL ANUGERAH PUTRA IKON UPM 2023

HOH JIA DIA HARUMKAN NAMA CEM RANGKUL ANUGERAH PUTRA IKON UPM 2023

PUTRAJAYA, 18 Julai – Bimbingan berterusan CEM kepada Hoh Jia Da, pelajar tahun akhir, Bacelor Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam aktiviti keusahawanan siswa sejak di tahun pertama pengajian menjadi pemangkin beliau dinobatkan sebagai sebagai penerima Anugerah Putra Ikon (API) 2023.

Beliau berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 bersama piala iringan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada CEM yang telah banyak membuka mata saya daripada tahun pertama untuk menceburi bidang keusahawanan digital," katanya ketika ditemui di Majlis API 2023, di Shaftsbury Putrajaya, malam tadi.

"Didikan berterusan CEM sepanjang empat tahun di UPM, telah memberi banyak peluang kepada saya untuk menambah kemahiran insaniah yang perlu bagi menghadapi realiti dunia pekerjaan selepas bergraduat nanti.

Sementara itu, Timbalan Pengarah CEM, Ludinata bin Misnun yang ditemui selepas majlis anugerah berkata, CEM melalui pelan tindakan strategiknya telah mula mencari bakat dalam kalangan pelajar UPM seawal mereka di tahun pertama pengajian.

“Mereka diberikan latihan dalam pelbagai bidang keusahawanan melalui kaedah mentor-mentee. Setelah itu, mereka ini diasah bakatnya melalui pelbagai pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan bagi menguji keberkesanan modul yang dibawa oleh CEM.

“Kejayaan mereka memenangi pelbagai anugerah di pelbagai peringkat ini menjadi asas untuk mereka ini dicalonkan di dalam Anugerah Putra Ikon UPM” , katanya.

Hoh Jia Da yang turut meraih Anugerah Kepimpinan Keusahawanan di bawah Kluster Pembangunan Sosial API, sebelum ini telah memenangi pelbagai pertandingan di pelbagai peringkat, antaranya Anugerah Perdana Belia Negara 2022, Anugerah Ikon Siswa Johor(Keusahawanan) 2022,  Tempat Pertama Pertandingan Usahawan Inovasi – Piala Menteri Pengajian Tinggi, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Emas dan Tempat Kedua Cabaran AI Malaysia Techlympics.

Anugerah Putra Ikon (API) merupakan pelantar untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan yang holistik dan kompeten selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan Pelan Strategik UPM 2021-2025.

Sebanyak 19 anugerah yang dipertandingkan iaitu Kluster Khas Individu (2 Anugerah), Kluster Khas Pasukan (4 Anugerah), Kluster Sukarelawanan (3 Anugerah), Kluster Pembangunan Akademik dan Intelektual (3 Anugerah), Kluster Pembangunan Sosial (3 Anugerah), Kluster Kepimpinan Pelajar (3 Anugerah) dan anugerah utama iaitu Anugerah Putra Ikon 2023. - CEM

Tarikh Input: 24/07/2023 | Kemaskini: 24/07/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdEAq~