MAJLIS PENYERAHAN SEKRETARIAT MAJLIS KEUSAHAWANAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA (MAKMUM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » MAJLIS PENYERAHAN SEKRETARIAT MAJLIS KEUSAHAWANAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA (MAKMUM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

MAJLIS PENYERAHAN SEKRETARIAT MAJLIS KEUSAHAWANAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA (MAKMUM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Kuala Lumpur, 22 Mac 2023 – Sesi penyerahan Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan semasa Mesyuarat MAKMUM di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Pengarah dan Pegawai daripada Pusat Keusahawanan daripada semua Universiti Awam.

YBhg. Prof. Dr. Mohamad Bin Ismail Timbalan Naib Canselor  (HEPA) UMK telah dilantik sebagai Pengerusi baharu mengantikan YBhg. Prof. Dr. Arifin  Bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM yang telah menerajui MAKMUM selama 2 tahun (2021-2022). 

Pada majlis sesi penyerahan ini, YBhg Prof. Dr. Arifin Abdu telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) yang juga merupakan sekretariat di UPM bagi menyelaras aktiviti dan program di bawah pengurusan MAKMUM. 

Pada tahun ini MAKMUM akan memfokuskan program keusahawanan sosial sebagai aktiviti utama iaitu selari dengan amanat YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi agar pelaksanaan keusahawanan sosial di Universiti dapat diperkasakan bagi membantu pembangunan ekonomi dan sosial komuniti. Bengkel Hala Tuju Keusahawanan Sosial turut diadakan bagi merancang insiatif dan merangka kerja pelaksanaan keusahawanan sosial di Universiti Awam.

Tarikh Input: 24/03/2023 | Kemaskini: 24/03/2023 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbFAj~