Mass Hareeza Menang ‘Top 5 Entrepeneurial Leader Of The Year For Asia-Pacific’ 2023 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » Mass Hareeza menang ‘Top 5 Entrepeneurial Leader of The Year for Asia-Pacific’ 2023

Mass Hareeza menang ‘Top 5 Entrepeneurial Leader of The Year for Asia-Pacific’ 2023

SERDANG, 21 Januari 2024 – Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, telah berjaya merangkul Anugerah Triple E (Enterpreneurship & Engagement Excellent Award in Higher Education) bagi kategori Top 5 Entrepeneurial Leader of The Year for Asia-Pacific pada majlis anugerah tersebut yang diadakan di Barcelona Sepanyol pada 26-29 Jun 2023.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas kemenangan ini. Malah, saya menghargai sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak termasuklah staf CEM, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), para pemegang taruh dan pelajar UPM.

“Hasil sokongan mereka adalah pencetus yang memacu saya  untuk menggapai kejayaan demi kejayaan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan,” ujar Prof. Madya Dr. Mass Hareeza.

Menurut beliau lagi, kejayaan yang dicapai bukanlah milik beliau seorang tetapi hasil kerja keras semua kakitangan yang bertungkus-lumus memastikan CEM berjaya mencapai segala sasaran yang diinginkan.

“Kejayaan ini akan menjadi pembuka lembaran kecemerlangan CEM untuk mencapai banyak kejayaan pada masa akan datang terutamanya dalam membangunkan pelajar menjadi usahawan yang berjaya”, katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan pensyarah kanan SPE turut membentang kertas penyelidikan di Persidangan Triple Helix yang berlangsung pada masa sama. Persidangan tersebut bertemakan “Entreprenuerial and engaged universities for sustainable development: linking education, research and innovation to the United Nation’s sustainability goals.

Anugerah Triple E dianjurkan oleh Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU). Terdiri daripada pakar-pakar terkemuka dunia, ACEEU telah merancang pengiktirafan pertama di dunia pada peringkat institusi, membolehkan universiti diiktiraf atas kecemerlangan mereka dalam pembangunan keusahawanan dan keterlibatan (entrepreneurship & engagement). – CEM.

Tarikh Input: 26/01/2024 | Kemaskini: 26/01/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEdDAf~