UPM HIRE PLATFORM ATAS TALIAN BANTU JANA PENDAPATAN PELAJAR SEPANJANG PENGAJIAN | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM HIRE PLATFORM ATAS TALIAN BANTU JANA PENDAPATAN PELAJAR SEPANJANG PENGAJIAN

UPM HIRE PLATFORM ATAS TALIAN BANTU JANA PENDAPATAN PELAJAR SEPANJANG PENGAJIAN

UPM HIRE PLATFORM ATAS TALIAN BANTU JANA PENDAPATAN PELAJAR SEPANJANG PENGAJIAN

Serdang, 25 April – UPM HIRE telah dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman semasa Majlis Penutup CE UPM Expo 2019 bertempat di Pusat Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKSSAAS) Universiti Putra Malaysia.

UPM HIRE adalah sebuah platform atas talian yang membantu para pelajar UPM yang berstatus aktif bagi melakukan pekerjaaan secara freelance dengan keupayaan yang ada pada pelajar masing-masing sekaligus membantu menjana pendapatan mereka sepanjang pengajian di UPM.

Laman sesawang yang dibangunkan dengan bantuan khidmat nasihat daripada pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM iaitu Dr. Hasmawani Madzin dan Dr. Siti Khatijah Ali ini boleh diakses oleh semua pelajar mulai sekarang.

Semoga dengan adanya laman sesawang ini sedikit sebanyak boleh membantu pelajar menjana duit poket sepanjang pengajian dan akhirnya boleh membantu bagi langkah awal meningkatnya kebolehpasaran graduan selepas bergraduat nanti.

Tarikh Input: 10/09/2019 | Kemaskini: 11/02/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbJAw~