UPM SASAR 6 BINTANG BAGI SISTEM PENARAFAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (SETARA) TAHUN 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM SASAR 6 BINTANG BAGI SISTEM PENARAFAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (SETARA) TAHUN 2022

UPM SASAR 6 BINTANG BAGI SISTEM PENARAFAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (SETARA) TAHUN 2022

Serdang, 17 Ogos - Audit Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) sedang berlangsung selama 2 hari bermula 16 & 17 Ogos 2022 di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Taman teknologi Malaysia adalah satu proses penting bagi mengukur kedudukan pencapaian sesebuah universiti.

Penilaian itu merupakan salah satu usaha pembaikan berterusan atau Continous Quality Improvement (CQI) dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti akademik secara berterusan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata pengauditan audit SETARA ini amat penting bagi mengukur sesebuah institusi pengajian tinggi itu.

“Pengauditan dibuat dengan menggunakan kaedah enam peringkat iaitu dari tahap Tier 1 (Status Lemah) sehinggalah ke Tahap Tier 6 (Status Terbilang).

“Proses audit ini amat penting bagi mengukur kualiti akademik, kebertanggungjawapan dan prestasi setiap universiti awam dan universiti swasta di Malaysia dengan memberikan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peringkat ijazah pertama,” katanya.

Penarafan SETARA dinilai melalui 38 indikator merangkumi 4 fungsi teras utama iaitu Umum, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Penyelidikan dan Perkhidmatan. Lebih 10 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan input sepanjang audit berlangsung.

Panel Auditor bagi penilaian SETARA tahun 2022 adalah Prof. Dr. Phua Kia Kien (USM), Prof. Dr. Mohd Fadzillah Abdul Razak (USIM) dan Prof. Madya Dr. Ramlah Mailok (UPSI).

Semoga UPM kekal pada kedudukan Tier 6 iaitu pencapaian Status Terbilang dan kejayaan itu membolehkan UPM menikmati banyak manfaat.

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 17/08/2022 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEbDAk~