UPM TERIMA ANUGERAH EMPLOYERS' CHOICE AWARD OLEH TALENTBANK | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » UPM TERIMA ANUGERAH EMPLOYERS' CHOICE AWARD OLEH TALENTBANK

UPM TERIMA ANUGERAH EMPLOYERS' CHOICE AWARD OLEH TALENTBANK

 
 
Kuala Lumpur, 2 Mei 2024 - UPM menerima anugerah “Employers’ Choice Award 2024” apabila dinobatkan Talentbank di majlis penyampaian anugerah dan rumah terbuka hari raya 2024/2025 Talentbank di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur, hari ini.
 
Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin yang mewakili Naib Canselor UPM menerima anugerah itu bagi pihak UPM.
 
 
Turut hadir, Dr. Hizmawati Madzin, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) dan Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir, Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) dan Ludinata Misnun, Timbalan Pengarah CEM.
 
Dalam majlis ini, UPM telah diiktiraf sebagai antara universiti terbaik negara dalam melahirkan graduan rebutan industri bagi tahun 2024 (2024's Leading Universities for Producing In-Demand Graduates, as Voted by Top Employers).
 
750 organisasi awam dan swasta serta 100 buah IPT telah mengambil bahagian dalam pencalonan anugerah yang berprestij ini. Employers' Choice Award 2024 mengiktiraf sumbangan institusi pengajian tinggi yang cemerlang dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi memenuhi kehendak industri.
 
 
Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin yang ditemui selepas majlis penyampiaian anugerah berkata, UPM berbangga diiktiraf sebagai sebuah universiti yang dapat melahirkan graduan yang menjadi rebutan industri. Ini bermakna, graduan kita mempunyai kemahiran yang tinggi dan berkualiti.
 
“Sudah tentu kita gembira. Pencapaian ini menepati matlamat pertama Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang”, katanya lagi.
 
Sementara itu, Dr. Hizmawati Madzin, Pengarah CEM pula berkata, UPM juga turut diberi penarafan 6-bintang dalam 20 bidang pengajian antaranya Sains dan Teknologi Makanan, Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, Keusahawanan, Ekonomi, Aeroangkasa dan aeronautikal, Kaunseling, Analitik, Multimedia, Animasi, Pengurusan Sumber Manusia, Perhubungan Awam, Pengajian bahasa, Artkitek dan Senibina, Komunikasi, Sains dan banyak lagi.
 
Talentbank dalam kenyataan medianya berkata, pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kecemerlangan IPT dalam aspek kebolehpasaran graduan, kerjasama IPT dengan pihak industri serta keupayaan IPT melahirkan graduan berkualiti dan holistik dalam pasaran negara dan antarabangsa.
 
Ditubuhkan pada tahun 2010, Talentbank merupakan pemain penting dalam ekosistem bakat Malaysia, menawarkan penyelesaian inovatif untuk mendekatkan jurang antara majikan dan calon pekerja. Penawaran perkhidmatan yang pelbagai termasuk pelantar padanan kerjaya, pameran kerjaya, penilaian kebolehkerjaan dan perkhidmatan penempatan pekerjaan - CEM.

Tarikh Input: 07/05/2024 | Kemaskini: 07/05/2024 | ludinata

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
WXFUEAC~