CEM CEMERLANG PEMERIKSAAN OSH 2024 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » CEM CEMERLANG PEMERIKSAAN OSH 2024

CEM CEMERLANG PEMERIKSAAN OSH 2024

POSTER STATUS PKK

 

Serdang 14 Mei - CEM berjaya meraih penarafan 5 bintang dengan markah 97.14% dalam pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan 2024 oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP / OSH) UPM.

Kadar tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 3.81% berbanding 93.33% pada tahun 2023.

Dalam pemeriksaan tersebut, CEM diaudit dalam skop Sistem Pencegahan Kebakaran, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM 2010 dan Manual Pelan Pengurusan Bencana UPM 2011.

Menurut Pengarah CEM, Dr. Hizmawati Madzin, CEM gembira dapat meningkatkan peratusan markah pemeriksaan OSH 2024 pada tahun ini.

“Pencapaian tersebut membuktikan CEM menitik beratkan kebajikan dan keselamatan pekerja semasa bekerja sehari-hari”, katanya.

Pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan 2024 telah dilaksanakan pada 29 April 2024 di CEM UPM melibatkan 2 orang juruaudit PPKKP.

Tarikh Input: 14/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | zubair

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
X, (08:39:00am-08:44:00am, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]