CAREER & ENTREPRENURIAL UPM EXPO 2019 (CE UPM EXPO 2019) | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » CAREER & ENTREPRENURIAL UPM EXPO 2019 (CE UPM EXPO 2019)

CAREER & ENTREPRENURIAL UPM EXPO 2019 (CE UPM EXPO 2019)

CAREER & ENTREPRENURIAL UPM EXPO 2019 (CE UPM EXPO 2019) ANJURAN PUSAT PEMBANGUNAN KEUSHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN MERIAH

SERDANG, 24 April – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan melalui PROTÉGÉ telah menganjurkan program Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan UPM 2019 (CE UPM Expo 2019) pada 24 dan 25 April 2019, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.

Majlis penutup telah selamat disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, pada 25 April 2019, jam 10.00 pagi di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.

Program itu adalah salah satu inisiatif pihak kementerian bersama UPM dalam menangani isu-isu nasional berkaitan kebolehpasaran dan daya saing graduan.

CE UPM EXPO 2019 merupakan satu saluran yang amat penting bagi mengintegrasikan kerjasama antara agensi kerajaan dengan pelbagai sektor industri/swasta/NGO dalam melaksanakan satu bentuk program bersepadu melibatkan graduan dan bakal graduan UPM untuk meningkatkan kebolehdapatan kerja graduan. 

Program ini menyasarkan sebanyak 5000 pengunjung dimana ia terbuka kepada semua pelajar, bakal graduan UPM juga kepada semua pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia.

Selain itu, lebih daripada 50 organisasi dari pelbagai bidang dalam dan luar negara akan turut terlibat didalam program ini membuka ruang perbincangan serta perkongsian maklumat berkaitan kerjaya oleh syarikat-syarikat/agensi-agensi luar kepada bakal graduan, graduan UPM dan graduan IPT lain.

Antara aktiviti yang telah diadakan semasa acara ini termasuk Klinik E-Resume Kebolehpasaran Graduan, Booth Pameran Agensi & Industri, Temuduga terbuka, cabutan nombor bertuah, Ceramah Kerjaya dan Keusahawanan dan juga termasuk aktiviti-aktiviti berkaitan keusahawanan termasuklah kehadiran Faizal Tahir sebagai tetamu jemputan.

Date of Input: 10/09/2019 | Updated: 10/09/2019 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEUGAT~