JANA PENDAPATAN MELALUI APLIKASI INSTAGRAM | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » JANA PENDAPATAN MELALUI APLIKASI INSTAGRAM

JANA PENDAPATAN MELALUI APLIKASI INSTAGRAM

Serdang, 4 Mac 2021 – Program Borak Tepi: Keusahawanan dan Kerjaya (Siri 4) menampilkan pakar pemasaran digital di aplikasi Instagram, Effi Aizat dengan tema Re-engineering Business in Social Media. Program yang berlangsung pada 4 Mac 2021 ini telah disertai oleh 400 penonton di Facebook Live Universiti Putra Malaysia.

Program ini adalah inisiatif Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) untuk memberi pendedahan kepada warga kampus UPM dalam bidang keusahawanan dan kerjaya. Slot yang dihos oleh Hannah Hazri, pelajar UPM telah berjaya menarik penonton dalam kalangan mahasiswa UPM.

Menurut Ahmad Zahir menerusi ruangan komen di Facebook, cara penyampaian Effi Aizat membuatkan beliau yakin Social Media adalah tempat yang paling sesuai untuk menjalankan perniagaan online dan menjana pendapatan . “Tuan Effi telah membuka minda saya untuk memfokuskan laman Social Media sebagai platform perniagaan”, tambahnya lagi.

“Saya percaya perkongsian ilmu pemasaran di Instagram yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada pelajar UPM yang menggunakan aplikasi Instagram sebagai medan perniagaan”, kata Effi Aizat, pakar pemasaran Instagram.

Program ini merupakan idea asal Ludinata Misnun, Timbalan Pengarah CEM untuk menerapkan ciri-ciri keusahawanan digital dalam diri pelajar UPM seiring dengan keperluan zaman ini.

Date of Input: 28/03/2021 | Updated: 28/03/2021 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDdBAs~