JELAJAH “CAREER CLOSE UP SESSION” BERMULA DI KOLEJ TUN DR ISMAIL | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » JELAJAH “CAREER CLOSE UP SESSION” BERMULA DI KOLEJ TUN DR ISMAIL

JELAJAH “CAREER CLOSE UP SESSION” BERMULA DI KOLEJ TUN DR ISMAIL


SERDANG, 19 Okt – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM dibawah Seksyen Kebolehpasaran dengan kerjasama Kolej Tun Dr Ismail telah memulakan sesi jelajah ke kolej dengan program CAREER CLOSE UP SESSION bermula dengan Kolej Tun Dr Ismail pada 19 Oktober 2019 yang lalu sebagai kolej perintis.

 Program ini dirancang  mula menjelajah ke kolej-kolej yang lain bermula di Kolej Tun Dr Ismail adalah merupakan sebuah program yang memberi persediaan kepada pelajar untuk menghadapi keadaan sebenar sesi temuduga, persediaan resume yang baik dan juga persediaan personaliti yang baik bagi menghadapi sesi temuduga.

 Program separuh hari dengan sesi perkongsian daripada En. Gareld Lee yang merupakan Alumni UPM sesi 2007 memang sangat bermafaat. Pelbagai input telah diberikan kepada semua peserta dengan harapan imput yang dikongsikan dapatlah membuka mata semua peserta untuk bersedia menghadapi keadaan sebenar dimasa hadapan selepas bergraduat.

 Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang telah memberi kerjasama sepanjang penganjuran Career Close Up Session ini.

Date of Input: 20/01/2020 | Updated: 20/01/2020 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXDcQA4~