LUDINATA KONGSI TIPS PENAMPILAN UNTUK SI PENCARI KERJA | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
» NEWS » LUDINATA KONGSI TIPS PENAMPILAN UNTUK SI PENCARI KERJA

LUDINATA KONGSI TIPS PENAMPILAN UNTUK SI PENCARI KERJA

SERDANG, 10 Mei - Program Career Week anjuran Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2020/2021 Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia dengan  kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah diadakan selama seminggu secara dalam talian bermula 6-12 April 2021 yang bertujuan Untuk mendedahkan pelajar dengan pembelajaran seumur hidup mengenai pencarian pekerjaan dan penambahbaikan profil dalam kerjaya.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr Mass Hareeza Ali berkata seramai 670 orang peserta yang turut serta secara langsung dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang persediaan menghadapi alam kerjaya setelah berjaya menamatkan pengajian.

“Program yang berlangsung selama seminggu ini banyak memberi imput termasuklah perkongisan daripada Timbalan Pengarah CEM, En. Ludinata bin Misnun yang menyentuh aspek penampilan dalam berpakaian apabila menjalani sesi interview dan juga semasa bekerja.

Apa yang dikongsikan oleh En. Ludinata sangat penting dalam memberi persediaan kepada graduan yang akan memasuki dunia pekerjaan yang bergitu mencabar.”, tambahnya lagi.

Salah seorang peserta, Khalis Safwan berkata, perkongsian yang diberikan oleh En. Ludinata berguna dan semestinya topik yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua.

“Perkongsian daripada beliau bagi saya adalah sangat berguna sebagai persediaan kepada saya yang bakal menamatkan ijazah saya pada tahun ini dan akan mula mencari kerja selepas ini. Jadi dengan adanya perkongsian ini, ianya sangat membantu dalam etika berpakaian nanti.”, menurutnya lagi.

Program Career Week anjuran Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2020/2021 Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia dengan  kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM).

Date of Input: 14/06/2021 | Updated: 14/06/2021 | zul_mohd

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEURAR~